SYARIKAT penerbangan yang terkenal dengan harga murah, AirAsia membuka peluang kepada penggunanya apabila menawarkan potongan sebanyak 20 peratus kepada 20 negara tanpa surcaj bahan api.
Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee, dengan keupayaan jaringan destinasi terbesar di rantau ini, AirAsia yakin promosi tersebut dapat meningkatkan lebih banyak permintaan untuk penerbangan terutama.
"Harga istimewa ini adalah bagi kesemua tempat duduk dan semua penerbangan Asia dan AirAsia X ke lebih dari 100 destinasi.
"Potongan ini juga boleh didapati menerusi tempahan melalui aplikasi mudah alih AirAsia seperti pengguna iPhone dan peranti Android, begitu juga dengan laman mudah alih mobile.airasia.com," katanya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, ini merupakan peluang terbaik bagi para penumpang setia untuk merancang percutian idaman ke destinasi-destinasi menarik di serata Asia dan Australia.
"Peluang ini boleh dikatakan merangkumi kesemua tempat seperti percutian pantai di Phuket, membeli belah di Hong Kong, pencarian makanan terbaik di Pulau Pinang atau percutian di Bandar Busan," katanya.
Sebagai rakan kerjasama potongan istimewa ini, Kad AirAsia Big Loyalty dan pemegang kad prabayar BIG Prepaid Master Card boleh mengumpul mata apabila terbang bersama AirAsia dan juga menebus penerbangan sepanjang tempoh promosi ini di AirAsiaBig.com.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli kad program kesetiaan AirAsia BIG Loyalty Card dan Kad Prabayar BIG Prepaid Master Card, boleh layari laman web mereka di AirAsiaBig.com dan bigprepaid.com.
Tawaran hebat ini boleh mula ditempah melalui laman web airasia.com bermula hari ini hingga 8 Mac 2015 dengan tempoh perjalanan segera daripada 5 Mac – 12 Julai 2015, termasuk bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thailand AirAsia), XJ (Thailand AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia) kecuali penerbangan domestik Indonesia, XT (Indonesia AirAsia Extra), Philippines AirAsia (PQ) dan AirAsia Zest (Z2).

0 Komentar untuk " AirAsia: Potongan harga istimewa "