IRDA, Ronser materai MoU - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

IRDA, Ronser materai MoU

PIHAK Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Ronser Bio-Tech Berhad (Ronser) materai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan kerjasama bagi bidang pengurusan sisa bahan buangan di wilayah pembangunan berkenaan.

Dengan termaterainya perjanjian itu, Iskandar Malaysia kini melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menuju ke arah sebuah bandar metropolis hijau yang mapan.

MoU itu dimaterai oleh Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim dan Pengerusi Ronser, Woo Min Fong di Hotel Thistle Johor Bahru, baru-baru ini.

Ismail berkata, Iskandar Malaysia dijangka memasuki fasa ketiga pembangunan pada tahun hadapan iaitu berkaitan kemampanan dan inovasi seperti yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia.

Menurutnya, kolaborasi antara IRDA dan Ronser dalam mewujudkan persekitaran hijau di kawasan wilayah ekonomi itu adalah tepat pada masanya.

Sementara itu, Min Fong berkata, Ronser yang menyediakan penyelesaian rawatan air buangan bersepadu berbesar hati kerana diberi peluang oleh IRDA untuk menunjukkan teknologi mereka di wilayah pembangunan berkenaan.

“Tiga spesifik projek bakal dilaksanakan dan kami sangat komited untuk menjadikan kesemua projek ini sebagai simbol membanggakan atas kerjasama yang terjalin,” katanya.

0 Komentar untuk " IRDA, Ronser materai MoU "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ