Perodua sumbang seunit Axia kepada NFK - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perodua sumbang seunit Axia kepada NFK

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menyumbang satu unit model terbaharu Axia kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sempena sambutan ulang tahun ke-10 Hari Buah Pinggang Dunia.

Dalam satu kenyataan, Perodua memaklumkan, orang ramai juga berpeluang memenangi model Axia dengan menyertai pertandingan Spot & Ride. Pertandingan tersebut dilakukan bagi mempromosikan aktiviti mengenai penjagaan buah pinggang serta punca kegagalan buah pinggang berfungsi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerjasama Perodua bersama NKF bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai punca masalah buah pinggang dan menyokong rakyat hidup dalam kesihatan yang baik.

“Kesemua dana daripada pertandingan dan siri jelajah akan disalurkan kepada NKF untuk kegunaan pesakit buah pinggang yang berdaftar di yayasan itu.

"Sebagai pengeluar kereta yang bertanggungjawab dan prihatin, ia adalah satu penghormatan kepada kami menjadi sebahagian daripada program amal ini- Because You Matter Most,” katanya.

Beliau berkata, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia diadakan di Sunway Pyramid, bermula 28 Februari sehingga 1 Mac lalu dengan yuran penyertaan RM10 dan berpeluang memenangi Axia.

0 Komentar untuk " Perodua sumbang seunit Axia kepada NFK "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ