SEPAKAT membawa muafakat antara pepatah klasik Melayu memerikan prinsip hidup bermasyarakat dan hidup bernegara. Atas dasar dan prinsip sebegini alam Melayu membangunkan negara dan kesultanan mereka.
Tujuan pengutusan manusia ke muka bumi adalah mentadbir dan mengurus kehidupan agar menjadi ibadah hanya kepada ALLAH SWT. Islam sebagai cara hidup. Semua pedoman itu terangkum dalam wahyu ALLAH turunkan kepada Rasul bermula Zabur, Taurat, Injil, al-Quran dan suhuf yang lain. Ia ibarat manual bagi perjalanan kehidupan manusia dari awal hingga akhir.
Nabi SAW praktis al-Quran
Manual ini kemudian ditafsir dan dipraktiskan melalui Rasul dan Nabi yang diutus bersamanya. Rasulullah SAW sendiri mengatur dan mempraktiskan al-Quran bersama lebih 100,000 umat Islam dan sejumlah besar orang kafir. Ia terbukti menjadi pedoman paling unggul dalam mengurus keluarga, masyarakat dan negara dari zaman ke zaman.
Justeru ilmu pengurusan bukanlah asing dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan contoh mengurus tadbir negara, Madinah. Khalifah ar-Rasyidin mengikuti jejak langkah mengurus tadbir ini sehingga berjaya menakluki dua kuasa besar dunia ketika itu yakni Rom dan Parsi. Legasi kegemilangan ini dilanjutkan hingga ke kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan seterusnya.
Kerajaan Melayu klasik adalah kerajaan yang gemilang dan dihormati di seluruh dunia. Disebutkan orang Melayu antara terawal menyusun ilmu mengenai pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia ditulis pada zaman kerajaan Melayu-Funan di Vietnam. Sudah ada kajian akademik mengenainya.
MOHD RIDUAN KHAIRI (Ketua jabatan penerbitan Ilmuwan Malaysia (iLMU))
Demikian juga ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka. Antara yang terkenal dalam catatan sejarah ialah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang.
Jika dari kerajaan Majapahit pula tersohor nama Patih Gajah Madja, perdana menteri yang berpengalaman menasihati raja yang menaiki takhta pada usia 18 tahun yakni Hayam Wuruk.
Dengan kebijaksanaan dan kematangan akhirnya kombinasi raja yang muda dan perdana menteri bijaksana membawa kepada era kegemilangan kerajaan Majapahit.
dua kerajaan besar
Teori dan prinsip kenegaraan Majapahit disusun dalam naskhah Pujasastra Negarakretagama yang terdiri dari 98 pupuh. Isi pembahagiannya dilakukan dengan rapi. Manakala di Melaka pula ada perundangan dinamai Undang-Undang Laut Melaka dan beberapa yang lain.
Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Madja dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai, dianggap sebagai tiga pentadbir teragung di Alam Melayu pada abad ke-15.
Antara wasiat penting Tun Perak kepada anaknya sebelum meninggal dunia ialah: "Wahai anak cucuku! Jangan kamu tukar agama dengan dunia; yang dunia pasti tiada akan kekal. Syahadan yang hidup sahaja, akan mati juga kesudahannya.
Hendaklah kau tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian pada ALLAH dan Rasulullah SAW, dan berbuat kebaktian akan ALLAH, seperti firman-Nya dalam al-Quran yakni berbuat baktilah kamu akan ALLAH. Inilah wasiatku kepada kamu semua; jangan kamu lupa, supaya kebebasan dunia akhirat kamu peroleh." (Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin)
Bertepatan dengan apa yang diwasiatkan Baginda SAW dalam hadisnya: "Aku tinggalkan kamu selagi mana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab ALLAH dan Sunnahku". (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwaththa’)
ALLAH merakamkan dalam al-Quran perihal dua kerajaan besar ditadbir dua tokoh disegani, yakni kerajaan Nabi Sulaiman bin Daud AS dan kerajaan Saba’ yang terkenal dengan Empangan Ma’arib. Dipimpin wanita disebut sebagai Ratu Balqis.
Ibn Kathir membawakan riwayat terdapat empat empayar terbesar dalam dunia sepanjang zaman; dua daripadanya beriman yakni Nabi Sulaiman dan Dzulqarnain.
Manakala dua lagi kufur yakni Bukhtanasar (Nebuchadnezar) dan Namrud (Nimrod) yang membina bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Babilon.
Sejarawan merekodkan julat ketinggian menara tersebut antara 2000 meter hingga 11,000 meter bermakna ia dua hingga tiga kali ganda dari Burj Dubai.
Al-Quran merakamkan Nabi Sulaiman memimpin bukan sahaja manusia bahkan jin dan haiwan. Walaupun baginda seorang rasul yang menerima wahyu dan pemimpin hebat, namun ketika mahu memindahkan singgahsana Ratu Balqis, baginda bertanya dan meminta pandangan daripada penasihatnya.
Demikian juga ratu pemilik empayar Empangan Ma’arib, ketika menerima surat daripada Nabi Sulaiman, beliau bermesyuarat dengan menterinya. Kisah ini dirakamkan dalam Surah As-Saba’.
Teladani khalifah empat
Itu belum lagi kita singkap teladan empat khalifah memimpin umat dan akhirnya menguasai 2/3 dunia termasuk dua kuasa besar Rom dan Parsi. Umar al-Khattab dinamakan sebagai individu berpengaruh dan kesannya daripada Julius Caesar dari Rom oleh pengkaji Barat seperti Michael Hart.
Kebanyakan empayar dan kerajaan Islam wujud hari ini, dibuka pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Umar, walaupun disebut Nabi SAW beliau diberi ilham oleh ALLAH; namun beliau tetap menerima nasihat dan peringatan daripada penasihatnya.
Bahkan beliau melantik dan sering meminta pandangan daripada penasihat muda seperti Abdullah bin Abbas.
Demikian secebis cuplikan daripada khazanah ilmu warisan Islam dan Melayu peri mengurus dan mentadbir. Banyak yang dipelajari dan dicontohi daripada harta pusaka itu. Namun sayang, sebahagian besar teori dan prinsip pengurusan yang diajar dan diamalkan hari ini dicedok dari teori dibangunkan dunia Barat dan Eropah.
'Guru' yang paling sering diangkat dan disanjung ialah Peter F Drucker. Walhal teorinya baharu sahaja dibangunkan tidak lebih dari 100 tahun. Demikian hal juga dalam bidang yang lain. Kebanyakan teori dibangunkan usianya belum pun mencecah 100 tahun.
Contoh teori psikologi emosi oleh Goleman itu usianya belum pun 50 tahun. Bahkan Goleman sendiri mengubah teorinya sebanyak dua kali. Ia masih belum matang dan teruji untuk dipraktiskan. Berbanding prinsip Islam dibangunkan lebih ribuan tahun.
Atau paling awal pun sering dirujuk ialah tamadun Yunani dan Greek. Nama Socrates, Plato dan Aristotle menjadi hujah dan dalil utama dalam membangunkan prinsip dan teori pengurusan.
Semoga suatu masa ada usaha serius dan berterusan membangunkan teori dan prinsip pengurusan berpandukan nilai Islam sebenar dengan contoh aplikasi daripada warisan Melayu silam. Ini tidak lari jauh dari dasar pandang ke Timur yang digagaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

0 Komentar untuk " Pengurusan Islami: Aristotle & warisan Qurani "