PRUDENTIAL Assurance Malaysia Berhad (PAMB) perkenal pelan insurans perubatan lebih jimat PRUvalue Med dengan ciri tambahan, Med Saver.
Syarikat insurans itu berharap dengan pelan baharu itu rakyat Malaysia akan menikmati penjimatan premium dan lebih manfaat daripada pelan perubatan biasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Philip Cheah berkata, Med Saver dilihat mampu menjimatkan RM500 dalam tempoh setahun dengan pembayaran RM2,500 berbanding pelan biasa dikenakan bayaran RM3,000.
“Jika pelanggan kami dimasukkan ke hospital, dia hanya perlu bayar RM300 sahaja dengan Med Saver atau 80 peratus daripada kos layak manfaat.
“Ia bukan sahaja penjimatan dari segi pembiayaan bil hospital dan rawatan sakit luar, pelanggan juga boleh guna penjimatan RM500 bagi naik taraf perlindungan mereka atau dana persaraan,” katanya pada Majlis Pelancaran PRUvalue Med di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Menurut Philip, sasaran pelanggan untuk pelan itu adalah keluarga berpendapatan sederhana yang tidak mampu mengeluarkan belanja tinggi untuk perlindungan insurans.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, rakyat Malaysia jarang dimasukkan ke hospital dan hanya tujuh daripada 100 orang sahaja yang ditahan wad pada 2011.
“Pelan ini direka untuk menangani masalah ini agar rakyat tidak lagi terbeban dengan kos perubatan yang mahal.
"Dengan inflasi perubatan di antara 10 hingga 12 peratus setahun, kos perubatan akan datang semakin meningkat dan membebankan bagi golongan ini,” katanya.
Menurutnya, pelan tersebut juga direka dengan polisi yang tidak boleh dibatalkan selepas mendaftar menjadi ahli.
Selain tawaran itu, PRUvalue Med juga merangkumi prosedur penjagaan harian pesakit luar dan perlindungan terhadap ibu mengandung yang mengalami komplikasi ketika hamil.
Pelan ini juga boleh dibeli oleh pelanggan berusia 14 hingga 70 tahun.

0 Komentar untuk " Pelan baharu PRUvalue Med lebih jimat "