Maaf atau tidak, sama sahaja - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Maaf atau tidak, sama sahaja

ULTRA kiasu terus menekan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, agar meminta maaf ke atas kenyataannya, iaitu mengenai kenaikan harga, yang ditujukan khas kepada peniaga Cina yang mengambil kesempatan.

Saya amat yakin, jika Ismail meminta maaf, mereka akan bercanang dan menepuk tangan. Mereka akan jaja merata. Saya tidak nafikan memohon maaf itu satu amalan yang mulia dan amat dituntut dalam Islam. Tetapi dalam kes ini, ternyata telah dipolitikkan.

Keikhlasan dalam meminta maaf bila melibatkan perkara yang benar-benar kita berasa bertanggungjawab terhadapnya. Jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Belum tentu yang jernih akan terus jernih. Tidak mustahil yang jernih akan menjadi keruh semula.

Seperti yang telah saya ulas sebelum ini, dari segi akademik, fakta Ismail itu tidak salah. Tidak mustahil peniaga mengambil kesempatan.

Masih teringat sewaktu kecil dahulu, saya disuruh oleh arwah bapa saya, seorang peniaga kedai runcit, di kampung Melayu, supaya mencampurkan minyak petrol dengan minyak tanah, beras putih + beras merah (perang), mengubah timbangan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan lebih, saya diminta melakukannya walaupun perbuatan itu salah.

Maka tidak hairan, jika ada peniaga keli atau patin memberikan makanan babi atau mencampakkan bangkai babi ke dalam kolam peliharaan, seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Belum termasuk lagi kilang bihun yang kotor, menggunakan logo-logo berbunyi Melayu dan Islamik, seperti cap masjid, cap Fatimah, cap rumah Melayu dan lain-lain.

Mungkin kenyataan ini akan menjauhkan diri mereka dari Islam, tetapi saya terpaksa bercakap benar, berdasarkan pengalaman, bagi mendedahkan kebobrokan, untuk berlaku adil kepada orang Islam yang kerap menjadi mangsa dan dimangsakan oleh kita sendiri.

Cuma, apa yang boleh kita ambil iktibar daripada peristiwa ini? Pertama, umat Islam mesti mencebur diri dalam perniagaan. Mereka mesti menjadi pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Kita akan terus menjadi mangsa jika bidang perniagaan (pengeluar) terus dimonopoli bukan Islam.

Lagi pula, perniagaan adalah suatu bidang yang amat dituntut dalam Islam. Tidak hairanlah jika 9/10 punca rezeki itu datangnya hasil daripada perniagaan. Banyak hadis lain yang mahu umat Islam mencebur diri dalam perniagaan.

Selama-lamanya kita akan terus dianiaya dan ditindas jika tidak menguasai ekonomi. Misalnya, pemilik syarikat telekomunikasi bukan Islam yang begitu sombong hari ini apabila sudah berjaya. Adakah mereka tidak sedar bahawa kekayaan yang mereka ada pada hari ini disebabkan oleh sistem kerajaan sedia ada, yang membolehkan mereka menjadi kaya? Benar, tidak nafikan, mereka bekerja keras. Tetapi adakah mereka boleh menjadi hebat tanpa sokongan?

Mereka akan cari apa jalan untuk menjadi kaya, sama ada melalui jalan halal atau haram, terutama jika terpaksa merasuah. Ini tidak termasuk perniagaan cepat kaya seperti menjadi along, pelacuran, perjudian, dan sebagainya. Siasatlah berapa ramai orang Vietnam dan China yang dijadikan pelacur.

Malang sekali penguat kuasa yang menerima habuan rasuah, membenarkan mereka buat kerja haram sehingga menjadi kaya-raya. Pengalaman saya suatu ketika dahulu, bekerja dengan syarikat perumahan, antara agendanya adalah bagaimana untuk ‘kawtim’ penguat kuasa agar projek berjalan lancar.

Nasihat kepada orang Melayu (penguat kuasa), jangan jadi barua, hanya untuk menjadi ‘kaya sekejap’ dengan mengambil rasuah. Ingat masa depan agama, bangsa dan negara.

Kedua, apabila ada peniaga Melayu yang mahu menceburi bidang perniagaan, secara kecil-kecilan. Kita sepatutnya galakkan seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, mengingatkan penguat kuasa supaya tidak mengambil tindakan semberono terhadap mereka yang mahu berniaga secara halal.

Jangan kenakan pelbagai syarat sehingga perniagaannya gagal dan terpaksa ditutup. Misalnya, aduan yang diterima mengenai perniagaan tadika. Puluhan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk memenuhi ‘syarat-syarat’ Dewan Bandaraya yang begitu rigid.

Apabila semua syarat telah dipenuhi, tiba-tiba dapat surat daripada mereka mengatakan premis tersebut tidak sesuai, ada bantahan orang ramai, Tadika di kawasan tersebut sudah mencukupi dan berbagai lagi. Apa makna semua ini?

Kenapa dari awal perkara ini tidak beritahu? Pergilah buat siasatan seluruh bandar raya, berapa banyak kawasan rumah dijadikan premis perniagaan haram? Ada rumah dijadikan perniagaan bateri kereta yang amat membahayakan. Ini belum termasuk perniagaan haram yang lain, yang telah pun dikenakan tindakan atas aduan orang ramai.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA

0 Komentar untuk " Maaf atau tidak, sama sahaja "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ