Layani wanita kamu dengan baik dengan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak suai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina". Itulah khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah yang amat relevan dengan wanita dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.
Wanita itu adalah amanah Allah. Justeru, untuk merealisasikan amanah itu semua pihak perlu sentiasa memastikan iman dan ilmu dapat dikuasai dengan lebih baik.
Tanggapan negatif
Mengikut Azti Arlina (2009) dalam bukunya Keep Smiling for Mom, wanita pada zaman jahiliah dianggap tidak penting. Antara layanan atau kejadian yang berlaku terhadap wanita pada zaman itu ialah tidak suka anak perempuan, tidak memiliki hak waris, tidak mempunyai hak ke atas suami, sebagai pusaka dan barang dagangan, objek jual beli serta tiada hak memilih dan cerdas.
Persepsi wanita di mata dan pandangan peradaban Yunani, Romawi, Cina, Persia, Yahudi, Nasrani, Hindu, Feminisme juga memberi tanggapan yang negatif terhadap wanita. Tanggal 8 Mac, setiap tahun sewajarnya dijadikan tarikh keramat untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa (HWA). Malah, HWA pertama disambut pada 19 Mac 1911 itu menandakan betapa pentingnya ia menjadi kepada tonggak perjalanan pembangunan wanita. Mengikut sejarah, sejak tahun 1911, wanita mula diberi hak bekerja, mengundi, dilatih, mengetuai pejabat awam dan ditamatkan diskriminasi secara global. Bagi sambutan HWA tahun ini, slogan atau tema yang dicanangkan iaitu Make it Happen atau Realisasikannya. Sejajar itu, Malaysia juga tidak ketinggalan menyambut HWA sebagai tanda sokongan, pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan hawa.
Wanita, zahirnya mempunyai pelbagai peranan, iaitu kepada keluarga, sebagai pekerja, negara dan agama. Wanita sewajarnya melaksanakan tanggungjawab dan semua peranan berkenaan seperti diamanahkan dengan baik serta sempurna untuk memastikan rahsia kejayaan hak mutlak dapat direalisasikan. Setiap kejayaan itu berpaksikan kepada faktor dalaman dan luaran.
Kedua-dua faktor berkenaan akan memberi kekuatan kepada setiap insan khususnya wanita untuk lebih maju, baik dan berani. Pada masa sama, sebelum itu, apa sahaja bidang yang diceburi mereka perlu mengenali diri, mencipta matlamat diri, berani melakukan perubahan, minat, menjaga imej diri dan positif dalam usaha meraih kecemerlangan.

0 Komentar untuk " Wanita perlu positif realisasi matlamat "