AWAL Januari baru-baru ini, pihak Astro menyambut baik kolaborasi dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) melalui program #KitakanIslam Buat Kerana ALLAH.
Kolaborasi ini dilihat bertepatan dengan matlamat Astro Oasis yang menyajikan rancangan berbentuk Melayu dan Islamik.
Antara aktiviti menarik dalam program #KitakanIslam Buat Kerana ALLAH itu adalah Aktifkan Rumah Ngaji di mana melalui aktiviti tersebut, amalan membaca al-Quran akan kembali menyinari bumi Malaysia.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, program #KitakanIslam adalah suatu usaha dakwah berterusan yang cuba menyegarkan kembali nilai-nilai murni dalam Islam, yang kadangkala diabaikan. Ia memfokuskan kepada penyatuan ummah, amalan saling bantu-membantu dan pengukuhan silaturahim sesama Muslim.
"Inti pati #KitakanIslam menonjolkan kecantikan Islam kepada semua termasuk golongan bukan Islam dengan berpandukan ajaran Islam yang sebenar iaitu kembali kepada al-Quran sebagai titik pertemuan.
Aktifkan Rumah Ngaji mengambil teras al-Quran sebagai rujukan utama kehidupan. Ini adalah suatu usaha yang penting dalam memperkasakan umat Islam.
"Selain Astro Oasis, platform Astro yang lain turut memberikan sokongan dalam menyebarkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai kempen #KitakanIslam terutamanya stesen radio THR Gegar dan SINAR fm, Astro Awani dan platform digital kami," katanya kepada Rehal.
Ahmad Fuad berkata, rancangan Salam Muslim menerima maklum balas yang amat positif dan memberangsangkan. Rata-rata penonton melihat ini adalah usaha yang tepat pada masa ketika rakyat diuji dengan musibah banjir akhir Disember 2014, yang melanda pantai timur dan beberapa kawasan di Perak serta Johor.
Boleh dikatakan seperti tsunami, banjir pada kali ini memusnahkan pelbagai prasarana seperti rumah penduduk, sekolah, masjid dan binatang ternakan.Bayangkan situasi penduduk berdepan dengan banjir sehingga ke paras tiang elektrik. Hanya air mata kesayuan mampu menceritakan segalanya.
Tanpa membabitkan mana-mana pengaruh politik atau apa-apa kepentingan mana-mana pihak, #KitakanIslam mengingatkan kita membuat sesuatu amal dan sumbangan itu hanya kerana ALLAH SWT.
Beliau menjelaskan lagi, melalui komen yang diterima daripada penonton Astro Oasis, pendengar THR Gegar dan SINAR fm serta pengguna platform-platform Astro, semakin ramai pihak yang ingin tampil untuk menderma dan menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara bagi menghidupkan Rumah Ngaji di kawasan masing-masing.
"Kami berbesar hati dapat sedikit sebanyak memainkan peranan dalam usaha menghidupkan kempen ini," katanya.
Apabila ditanya adakah kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang, Ahmad Fuad berkata, setakat ini belum ada perincian mengenainya.
"Kami sentiasa mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf dalam projek-projek lain, terutamanya yang bersifat kemasyarakatan.
"Apa yang kami tekankan, di Astro Oasis, kami akan sentiasa memastikan program yang berunsur dakwah seumpama ini menjadi keutamaan.
Dalam menghadapi situasi masa kini apabila Islam selalu dilabelkan dan disalahertikan, penting untuk kita menyampaikan Islam yang sebenarnya dan dalam cara yang wasatiyah atau sederhana berdasarkan al-Quran dan sunnah," katanya.

0 Komentar untuk " #KitakanIslam: Kolaborasi Rumah Ngaji-Astro "