KELANTAN menjadi tumpuan untuk mengangkat al-Quran sebagai panduan dan solusi kehidupan kerana musibah banjir yang berlaku.
Pada waktu yang sama, Rumah Ngaji terus bergerak ke seluruh Malaysia untuk Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) aktifkan komitmen 3000 Rumah Ngaji.
Ketika berlakunya banjir, banyak individu dan organisasi bangkit untuk membantu sehingga tercetusnya sinergi yang melupakan semua warna, sama ada perbezaan warna kulit, bangsa, agama, batas negeri mahupun negara, serta fahaman politik yang berbeza.
Memandangkan momentum daripada kempen #KitakanIslam, Buat kerana ALLAH SWT ini terus membara, permintaan untuk mengaktifkan Rumah Ngaji di Kelantan terus meningkat.
Sehingga kini taklimat, seminar, agihan al-Quran dan #AktifkanRumahNgaji berjalan dengan lancar dan terdapat 204 permintaan untuk membina Rumah Ngaji diterima oleh pihak WUI.
Agihan al-Quran dan kempen #AktifkanRumahNgaji terus berjalan secara jangka panjang untuk membawa masyarakat kembali kepada al-Quran sehingga lahir Muslim sejati apabila al-Quran dibaca, fahami dan diamalkan.
Sebanyak 24,000 naskhah al-Quran bernilai lebih RM1 juta sumbangan Kumpulan Media Karangkraf dan pemiliknya, sedang diagihkan di Kelantan. Ia adalah usaha ke arah mengaktifkan Rumah Ngaji sebanyak 500 buah di Kelantan pada tahun 2025.
Berlaku keharmonian dalam sinergi ini. Semoga momentum sinergi ini terus diperbesarkan dengan mencari titik persamaan, al-Quran sebagai titik temu dan masjid serta Rumah Ngaji sebagai tempat bertemu.
Kita kembali kepada al-Quran sehingga ia dibaca, difahami dengan jiwa dan diamalkan sehingga lahirnya Muslim sejati yang sama-sama membina legasi ke syurga, Insya-ALLAH.

0 Komentar untuk " Agih al-Quran aktifkan Rumah Ngaji "