HARI ini, 8 Mac genap setahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan di sebalik gerakan mencari besar-besaran yang pernah dilancarkan dalam sejarah penerbangan, nasib pesawat Penerbangan MH370 masih menjadi misteri.
Ketika usaha mencari yang diketuai Australia diteruskan di Lautan Hindi, semakin banyak pihak ingin tahu bagaimana dan mengapa pesawat Boeing 777 yang canggih serta membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal boleh hilang dari skrin radar tanpa dapat dikesan.
Rata-rata pihak berkuasa serta pakar penerbangan masih bingung mengenai kehilangan MH370.
Mereka percaya hanya kotak hitam pesawat itu boleh menjelaskan mengapa ia menyimpang daripada laluan penerbangan dan kemudian menghala ke selatan merentasi Lautan Hindi yang luas.
Kurangnya fakta serta kekeliruan yang berlaku di peringkat awal kehilangan MH370 mencetuskan pelbagai andaian yang tidak berasas.
Pada masa yang sama, dalam tempoh yang singkat muncul ramai 'pakar penerbangan' yang tidak diundang melontarkan teori masing-masing mengenai kehilangan MH370.
Pelbagai teori konspirasi mengenai nasib MH370 muncul satu demi satu namun tiada satu pun yang dapat memberikan petunjuk kukuh apa yang sebenarnya berlaku dalam penerbangan MH370 itu.
PELBAGAI TEORI
Menjelang setahun kehilangan MH370, muncul lagi teori konspirasi dan yang terkini oleh Jeff Wise, wartawan sains dan penulis.
Beliau mendakwa kononnya pesawat malang itu dirampas atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan diterbangkan ke satu landasan terbang terpencil di Kazakhstan.
Persoalannya ialah mengapa pula Putin mahu merampas kapal terbang Malaysia?
Pada 3 Mac, seorang juruterbang kanan Boeing 777 mendakwa kononnya MH370 berlegar di ruang udara Pulau Pinang iaitu kampung halaman juruterbang itu seolah-olah mengucapkan selamat tinggal sebelum penerbangan pesawat itu menjunam ke laut.
Kapten Simon Hardy mengemukakan teori ini berdasarkan data MH370 dan perkara ini telah diterbitkan dalam majalah Flight International serta laman sesawang flightglobal.
Teori Hardy mengingatkan semula kesangsian awal tentang kemungkinan juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan sengaja melencongkan pesawat itu.
Bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada bukti untuk menyokong dakwaan itu.
Pada bulan Disember 2014, bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain menulis artikel enam halaman yang disiar dalam Paris Match mendakwa kononnya pihak Amerika mungkin telah menembak jatuh MH370 ketika ia terbang menghampiri pangkalan tentera AS di atol Diego Garcia di Lautan Hindi.
Pihak tentera AS didakwa kononnya berbuat demikian kerana cemas pangkalan itu akan diserang ala-9/11.
Tentera AS didakwa telah menyembunyikan insiden itu tetapi kedutaan AS di Kuala Lumpur menyangkal dakwaan ini dan menyatakan tidak ada petunjuk bahawa MH370 telah terbang berhampiran pangkalan tentera Amerika itu.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga mempunyai andaiannya sendiri apa yang mungkin telah berlaku kepada MH370.
Dalam blognya kira-kira dua bulan selepas pesawat itu hilang, beliau menulis "orang tertentu" telah merampas pesawat itu daripada juruterbangnya menggunakan kawalan jarak jauh.
Hujah beliau berdasarkan kepada paten yang diterima oleh Boeing pada tahun 2006 untuk "sistem pendaratan automatik anti pengganas" yang apabila diaktifkan, mengambil alih semua kawalan daripada juruterbang untuk membawa pesawat komersial ke lokasi pendaratan yang ditentukan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyebut siapa "orang tertentu" itu di sebalik komplot berkenaan. Nampaknya masih belum ada jawapan kepada kehilangan MH370.
LEBIH BANYAK HIPOTESIS
Mereka yang muncul dengan teori konspirasi berasa syak dengan semua yang ada dalam MH370 termasuk kargo serta penumpangnya.
Mereka mendakwa kononnya ia membawa kargo berbahaya yang menyebabkan kebakaran di dalam pesawat ataupun melumpuhkan sistem pengendalian kapal terbang.
Antara kargo MH370 ialah bateri lithium ion yang mudah terbakar. Apakah bateri itu ada kaitan dengan nasib pesawat itu seperti kebakaran yang berlaku dalam pesawat South African Airways, penerbangan 295 pada tahun 1987?
Mereka juga mendakwa kononnya 20 petugas firma semi-konduktor berpangkalan di Texas sebagai dalang kerana peralatan yang mereka bawa mempunyai kemampuan menyekat radar. Peralatan yang dihasilkan sendiri oleh firma itu didakwa kononnya telah melumpuhkan sistem MH370.
Bagaimanapun, tanpa pemeriksaan suara kokpit dan perakam data serta bangkai pesawat, teori-teori ini boleh diibaratkan sebagai serkap jarang semata-mata.
Ada juga yang menuding jari kepada dua penumpang rakyat Iran yang menaiki pesawat itu menggunakan dokumen perjalanan palsu.
Adakah mereka pengganas yang merampas pesawat untuk membawanya ke destinasi yang tidak diketahui atau mensabotajnya.
Interpol kemudiannya mendedahkan kedua-dua orang itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas. Mereka berdua hanyalah dalam perjalanan untuk mendapatkan suaka di Eropah.
Ada juga yang membuat teori kelakar seperti kapal terbang itu dirampas makhluk asing. Seorang bomoh Malaysia mendakwa kononnya MH370 dirampas orang bunian dan berada di awang-awangan. Semua ini menjadikan tragedi sedih MH370 sebagai bahan lawak jenaka.
DOKUMENTARI DAN FILEM MENGENAI MH370
Hanya dua bulan selepas MH370 hilang, muncul treler filem penuh kontroversi mengenai nasib pesawat itu di Pesta Filem Cannes yang dihasilkan pengarah India, Rupesh Paul.
Laporan CNN dengan tepat menggambarkan respons terhadap treler filem bertajuk "The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane" itu.
Kata CNN, "Sekiranya ada anugerah di Pesta Filem Cannes untuk pengeluaran filem yang begitu memalukan, sudah tentu ia akan dimenangi pengeluar filem seram baru yang menceritakan kisah 'sebenar' pesawat Malaysia Airlines yang masih hilang."
Dokumentari The National Geographic mengenai MH370 lebih berhati-hati dalam menggambarkan semua kemungkinan termasuk kegagalan struktur kapal terbang itu.
Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menjawab apa yang sebenarnya berlaku dalam MH370.
Memandangkan semakin ramai yang ingin tahu tentang kehilangan MH370 yang penuh misteri itu, lebih banyak teori konspirasi dijangka muncul pada masa hadapan atau sehingga kotak hitam dan perakam data penerbangan dijumpai.
Amat menarik apabila banyak juga teori konspirasi yang menyamakan kehilangan MH370 dengan teori konspirasi berhubung pembunuhan Presiden AS, John F.Kennedy termasuk kerajaan telah menyembunyikan maklumat penting selepas insiden itu.
Justeru jangan terkejut sekiranya teori konspirasi MH370 berterusan pada masa akan datang seperti mana teori konspirasi di sebalik pembunuhan John F Kennedy berlarutan selama lebih lima dekad.
RUANGAN SISI DETIK-DETIK TERAKHIR MH370
MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada pukul 12.41 pagi menuju Beijing dengan 227 penumpang dan 12 orang anak kapal.
MH370 adalah penerbangan perkongsian kod dengan China Southern Airlines. Pesawat jenis Boeing 777-200 ER itu dipandu juruterbang veteran, Zaharie Ahmad Shah.
Penumpangnya termasuk 153 warga China, 38 (Malaysia), 12 (Indonesia), enam (Australia), tiga (Perancis), empat (Amerika), dua (Ukraine), dua (New Zealand), dua (Kanada), dan masing-masing seorang dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.
Belum sampai sejam penerbangan, ketika pesawat itu menghampiri Igari Waypoint di mana ia akan diserahkan kepada kawalan trafik udara Ho Chi Minh City, ia hilang daripada skrin radar.
"Good night Malaysian three seven zero" adalah perkataan terakhir datang daripada kokpit. Tidak ada isyarat kecemasan dipancarkan.
Kapal terbang itu kemudiannya dikesan oleh radar tentera Malaysia apabila ia melencong dari laluan penerbangannya dan melintasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Laut Andaman.
Ping komunikasi antara pesawat dan rangkaian satelit membuat rumusan pesawat itu terus terbang sehingga pukul 8.19 pagi ke arah selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, lokasi sebenar masih belum dapat ditentukan. Gerakan mencari yang melibatkan banyak negara dikerahkan tetapi tidak berhasil.
Australia mengetuai peringkat kedua gerakan mencari MH370 dan kosnya dilaporkan semakin melambung. - Bernama

0 Komentar untuk " Kehilangan MH370 dibayangi teori konspirasi "