Ubah hanya untuk kebaikan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ubah hanya untuk kebaikan

KUALA LUMPUR - Khamis, 5 Mac: Pas bermula dengan kepimpinan ulama, beralih di bawah pemimpin bukan ulama, kembali kepada kepimpinan ulama hingga kini - Tok Guru Datuk Seri  Haji Abdul Hadi Awang.

Islam bukan satu ideologi. Islam adalah  agama, akidah dan iman. Hindar diperdayakan oleh dunia barat Islam satu ideologi. Islam bisa jadi “a means to a political end”- satu wadah untuk mencapai sesuatu matlamat. Ideologi tidak  kekal.

Betul atau tidak, terbit cerita ada kemelut dalaman dalam Pas- sebuah parti dulu ahlinya legenda kuat disiplin dan taat setia kepada perjuangan Islam dan kepada pucuk kepimpinan parti hingga mereka digelar sebagai fanatik- rebutan kuasa antara golongan ulama dan profesional atau modenis (di bawah Mohamad Sabu, Timbalan  Presiden).

Pas akan mengadakan muktamarnya Jun depan. Kononnya ada usaha untuk menggulingkan presiden parti dan digantikan dengan Mohamad Sabu atau calon yang sebulu dengannya.

Dari luar pagar, saya kelihatan - kalau pun ada rancangan seperti itu- ia akan fizzle out, menjadi hambar, berakhir begitu sahaja. Sebenarnya kepimpinan Pas kini ideal, gandingan ulama dan modenis.

Jika kena gu, kedua terdiri daripada mereka yang pragmatik Pas sepatutnya memberi Umno tentangan lebih hebat dari sekarang. Potensi Pas dilihat lebih cerah kerana matlamatnya Islam.

Jangan hairan ramai bersimpati dengan Pas meski pun mereka tidak mahu menganggotai parti itu. Ketua datang dan pergi. Setakat ini, berdasarkan pengalamannya; ilmu dan pengetahuan; kewibawaan; reputasi di luar dan dalam negeri; dan tindak-tanduk mutakhirnya, Hadi harus dikekal memimpin parti Islam ini bersama golongan pragmatik, sama ada Mohamad Sabu atau sebulu dengannya.

Jika Pas dipimpin oleh bukan ulama seperti Mohd Sabu atau sekutunya, apa bezanya Pas dengan Umno? Berilah peluang pada orang Melayu Islam / Peribumi menilai dan memilih parti mana antara kedua.

Tanpa perubahan yang besar dan mendalam dalam parti - mesti ada perubahan yang sentral termasuk  transformasi - tidak guna tukar pemimpin.

Seperti ditegaskan Speaking: “on the surface, we are all  attempting to forge a shared destiny but below it is another deeper battle between the proponents of Islamic state and a secular Malaysia”.

Sungguhpun kita berusaha secara terang untuk membentuk satu destiny yang memanfaatkan seluruh rakyat tetapi tersirat sebenarnya mewujudkan sebuah negara Islam.

Sebab kita mengamalkan demokrasi, bagilah peluang pengundi menentukan arah tuju negara memasuki era wawasan 2020. Ramai mahu sebuah negara Islam, banyak mahu status quo dikekalkan.

Keputusan PRU13 menunjukkan lebih ramai mereka ingin sebuah negara berpandukan kepada sekularisme. Tetapi popular vote ini tidak dapat diterjemahkan kepada bilangan kerusi dalam Parlimen mencukupi untuk pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sama-samalah kita menunggu keputusan pemilihan pucuk kepimpinan Pas yang akan memberi tanda sedikit sebanyak keputusan PRU14. PRU14 akan menunjukkan sama ada pengundi betul-betul mahu perubahan yang benar-benar signifikan.

Seronoknya balik kampung...

Kampung Baru, Datuk Keramat dan Kerinchi. Ideal jika dapat selalu balik ke kampung asal atau kelahiran setiap hujung minggu atau ke dusun di luar bandar, ceruk sungai di hulu bagi menukar pandangan, mengalami dan menikmati kehidupan di pedalaman - ada juga yang selesa kerana sudah wujud segala kemudahan moden, tetapi lebih banyak lagi yang terus terbiar.

Oleh kerana agak sukar sering balik ke Kelantan atau pergi  ke Ulu Tembeling, hujung minggu saya sering ke Kampung Baru, Datuk  Keramat, Kerinchi (Kerinchi tidak lagi kampung kerana sudah ditransformasi sebagai sebuah bandar mini) atau ke Gombak.

Kampung Baru pembangunan dan transformasinya lebih nyata dan terang dari apa yang berlaku di Datuk Keramat. Apa pun di kedua-dua kampung pembangunan dan transformasi agak perlahan. Saya ke Kampung Baru kerana menikmati makanan dari Seberang dan masakan Kelantan, selalunya pada hari Jumaat.

Solat sama ada di Masjid Jamek, Masjid Jawa atau Masjid Pakistan. Saya ke Datuk Keramat kerana bergunting dan bercukur. Dua minggu lepas, saya melihat kedua-dua kampung dari tingkat tertinggi (Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad) di Menara  Kembar Petronas.

Walaupun saya terasa seluruh Kuala Lumpur di bawah tapak kaki saya, jelas dan terang serta bertambah hiba dua  perkampungan rizab Melayu masih amat jauh lagi di belakang jiran sekitarnya.

Saya juga pergi ke kedua-dua kampung membawa tetamu dari luar negara untuk melihat penduduk Melayu tinggal dalam suasana  Melayu dan menikmati makanan dan juadah  Melayu.

Pada satu majlis, madah seorang teman dari Seberang: “Pak Mus itu walaupun sudah tinggal di barat masih lagi kekampungan!" Kolumnis: "Dalam loghat Kelantan kekampungan ertinya orang ‘darat’.  Nyonyanya juga dari kampung tetapi telah meninggalkan kedusunannya!” Teman: “Tan Sri itu teruk, teruk. Mega kaya, berpendidikan di Amerika Syarikat. Tetapi dia terus Chinaman”.

Kolumnis: "Tai tainya (isteri) canggih, lebih halus dan bersopan-santun. Suaminya bukan pilihan sendiri tetapi pilihan ibu bapanya.” Nyata money talks. Wang ringgit, kalaupun tidak dapat memberi kebahagiaan, pitis tetap berpengaruh dan menyumbang kepada keselesaan hidup.

Pilihan antara ilmu dan kekayaan? Saya pilih kedua! PRU14, seperti saya tegas terdahulu, amat mustahak kerana ia akan menguji dan menentukan hala tuju negara dan selera politik pengundi, terutama pengundi Melayu dan peribumi.

Kebangkitan dan  keinsafan pengundi baru akan memberi kelebihan pada parti yang mendapat sokongan mereka. Pada mereka, tindakan atau dalil serta perbuatan dan tingkah-laku lebih penting daripada retorik, janji atau ikrar.

Parti mana dan siapa yang membakar semangat mereka serta memahami idealisme angkatan baru akan berjaya.

0 Komentar untuk " Ubah hanya untuk kebaikan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ