TEPUK tangan atau tepuk dahi, berilah apa sahaja gelaran kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Rabu depan, kecuali berlaku keajaiban, ia akan mula berkuat kuasa.
Lupakan sahaja kalau mahu cuba-cuba sedapkan hati dengan beranggapan bahawa pelaksanaan GST pada 1 April depan hanya gimik April Fool.
Kerajaan sudah menegaskan apa sahaja tekanan, malah demonstrasi pun tidak akan mampu menangguhkannya.
Kenaikan tambang pengangkutan awam mungkin boleh ditangguhkan, tetapi untuk GST, apabila tiba masanya, ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Kelmarin, percubaan Gabungan Bantah GST, ia itu kumpulan beberapa NGO dan pembangkang, untuk menyerahkan 106 soalan berkaitan GST kepada Ketua Pengarah Kastam di Kelana Jaya, berakhir dengan 79 peserta ditangkap polis kerana didakwa menceroboh.
Pihak-pihak yang berdemonstrasi mahu Ketua Pengarah Kastam memberi jawapan kepada 106 soalan itu yang diserahkan itu.
Kalau tidak boleh jawab, kata mereka, bermakna kastam belum sedia melaksanakan GST dan kerana itu, ia perlu ditangguhkan.
Bagi kerajaan, menguatkuasakan GST adalah tindakan yang tepat dan memberi manfaat pada rakyat. Kerajaan juga sudah menjawab mengapa SST perlu diganti dengan GST.
GST diperkenalkan, katanya, untuk menangani kelemahan dan keburukan yang terdapat dalam sistem SST, yang dikesan banyak membebankan rakyat, malah membuka ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengutip cukai yang tidak diserahkan kepada kerajaan.
Daripada 193 negara di dunia, 169 sudah pun melaksanakan GST. Mustahil semua negara ini buat silap, kata kerajaan.
Menurutnya, semua negara Asean, kecuali Brunei Darussalam dan Myanmar, sudah melaksanakan GST. Seperti banyak lagi skim dan dasar kerajaan memperkenalkan untuk kepentingan negara dan kebaikan rakyat.
Cuma persoalannya ialah apakah pelaksanaannya menjamin ketelusan, tiada penyelewengan, ketirisan, sebab jika berlaku, yang menanggung beban adalah rakyat juga.
Kenyataan seperti harga kereta akan menjadi lebih murah selepas GST diperkenalkan kerana cukainya akan dikurangkan dari 10 peratus ke 6 peratus nanti tidak memadai.
Membaca berita mengenai kenaikan harga tidak membuat pengguna hilang merasa bimbang terhadap pelaksanaan GST.
Hampir setiap hari kita dengar dan baca laporan dan aduan mengenai kenaikan harga barang dan bayaran perkhidmatan. Macam-macam naik; makanan, kadar cukai pintu, bahan bakar dan tambang pengangkutan. Semuanya sangat membeban dan membimbangkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Kita hanya perlu menunggu dan melihat apakah benar seperti kebimbangan yang selalu disuarakan bahawa dengan GST, harga pelbagai barang dan perkhidmatan berkemungkinan naik lagi.
Setengah peniaga mengadu dengan adanya GST, mereka perlu tambah gaji pekerja dan bilangan pekerja kerana beban kerja bertambah. Akaun yang dulunya hanya dibuat setahun sekali, kini perlu dibuat setiap tiga bulan.
Untuk menuntut caj yang dibuat melalui GST juga mungkin mengambil masa dan kalau jual mahal, pengguna tidak beli.
Ada yang berpendapat, ibu bapa mereka yang belajar di luar negara pun perlu keluarkan belanja lebih apabila nilai mata wang kita turun.
Jika GST menyebabkan kenaikan harga barang dan bayaran perkhidmatan, maka ia tidak akan seimbang dengan gaji. Maka gaji perlu dinaikkan juga.
Terdapat rungutan terhadap orang politik yang menyuruh pengguna kurang berbelanja sedangkan apa yang mereka beli sekarang pun hanya bahan-bahan keperluan.
Ada yang yang terus minta ia ditangguhkannya kerana ramai belum faham dan belum bersedia. Kalau yang lain boleh ditangguh, mengapa tidak dengan GST.
Pihak pembangkang mendakwa GST sukar ditarik balik jika ia dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi.
Ikut kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, sekiranya PR diberi mandat pada PRU14, pakatan pembangkang itu akan letak GST pada kadar sifar.Wallahualam.
Yang penting, rakyat mahu bukan sahaja jaminan, bahkan bukti iaitu, dengan pelaksanaan GST bermula minggu depan ini, peniaga tidak eksploitasi pengguna dan kerajaan perlu pantau dan tentukan GST tidak merugikan pengguna.

0 Komentar untuk " GST: Pastikan rakyat tidak rugi "