DALAM Islam niat baik mesti seiring dengan cara yang betul dan menepati tuntutan syarak. Ia juga menuntut kefahaman tuntas dan bijaksana dalam memahami konteks persekitaran semasa dan pelbagai tahap pemikiran dan budaya manusiawi.
Sebab itulah hukum Islam juga mesti mengambil kira perubahan tempat dan zaman kerana Islam adalah agama yang sentiasa relevan dan dinamik.
Walau bagaimanapun, wujud kecenderungan dalam kalangan manusia khususnya umat Islam masa kini yang berkobar-kobar hendak melakukan kebaikan tapi akhirnya terjerumus dalam kesesatan, bahkan kemudaratan.
Ini semua kerana kegopohan dan kerakusan untuk melaksanakan kebaikan tanpa suluhan ilmu yang benar hingga mengundang kepada perlakuan songsang lagi menyesatkan.
Dalam Islam sekudus mana niat dan matlamat yang disasarkan tidak sesekali menghalalkan tindakan dan pendekatan yang jelas menyimpang. Begitu juga dengan keinginan untuk melakukan kebaikan seperti melaksanakan hukum syariah secara sempurna, jangan sampai kita merosakkan agama dek kerana tindakan yang dilakukan secara gopoh dan tergesa-gesa.
Teringat penulis satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim perihal seorang sahabat yang mempunyai sikap berkobar-kobar hendak melakukan kebaikan tanpa melihat realiti kaumnya.
“Sesungguhnya Muaz Bin Jabal ra pernah solat bersama Rasulullah SAW, kemudian dia datang kepada kaumnya, dan menjadi imam solat bersama mereka, maka dia membaca surah al-Baqarah. Kemudian seorang lelaki menarik diri dari solat
berimamkan Muaz (mufaraqah), dan kemudiannya solat sendirian secara ringkas. Kemudian perkara tersebut sampai kepada Muaz, maka Muaz berkata: “Dia seorang munafik”. Kemudian perkara tersebut sampai kepada lelaki itu (yang Muaz mengatakan dia seorang munafik). Kemudian lelaki itu datang berjumpa Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kaum yang bekerja dengan tangan-tangan kami (peladang), dan kami menyiram tanaman dengan alat penyiram air, dan sesungguhnya Muaz solat menjadi imam bersama kami kelmarin, kemudiannya dia membaca (surah) al-Baqarah, maka saya menarik diri, dan dia (Muaz) mendakwa saya seorang munafik”. Maka Nabi SAW bersabda kepada Muaz: “Adakah kamu seorang yang membawa fitnah wahai Muaz”, sebanyak tiga kali. “Bacalah Wassyamsi wa Dhuhaha, wa sabbihis ma rabbikal a’la dan seumpamanya”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelaslah daripada hadis Nabi SAW di atas menunjukkan bahawa perkara mahupun perbuatan yang baik jika dilakukan dengan tidak melihat kepada realiti semasa dan setempat atau istilah Arabnya waki’ akan membawa fitnah dan kontroversi.
Dalam konteks hadis ini, tiada salahnya membaca ayat-ayat yang panjang ketika solat apatah lagi surah terpanjang dalam al-Quran seperti Al-Baqarah. Mungkin ada yang menganggap pahala berganda-ganda kerana melakukan solat berjemaah.
Walau bagaimanapun bersemangat dan tergesa-gesa untuk melakukan perkara baik tanpa melihat kepada realiti hanya akan menimbulkan fitnah lain yang lebih besar. Sebagaimana yang tersurat dalam Hadis di atas yang menggambarkan bagaimana kaum Muaz bekerja sebagai peladang di siang hari, kemudian dipaksa menunaikan solat yang begitu panjang dalam keadaan letih dan penat pada waktu malam.
Perbuatan Saidina Muaz yang bukan sahaja telah mencetuskan ketidakselesaan terhadap kaumnya, bahkan bertindak menuduh orang yang menarik diri daripada jemaahnya sebagai munafik ditegur keras oleh Rasulullah SAW.
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kita tidak boleh bersikap keras dalam mempertahankan pandangan yang dirasakan benar, bahkan harus diperhalusi sesuatu perkara berasaskan realiti dan konteks semasa.
Berpandukan kepada contoh-contoh seperti di atas maka ulama-ulama telah menggariskan satu kaedah fekah sebagaimana yang termaktub dalam Kitab al-Ashbah wa an-nazair fi qawaid wa furu’ fiqh al-syafe’iyyah, kaedah ke-30.
“Sesiapa yang tergesa-gesa hendakkan sesuatu sebelum sampai masanya, dia akan dihukum dengan tidak dapat mencapai perkara tersebut”.
Justeru sebagai umat Islam kita harus bertindak berasaskan ilmu yang benar dan sahih dalam upaya untuk melakukan kebaikan. Ini memerlukan kita memahami dan mengambil kira realiti semasa dengan penuh kebijaksanaan sebelum melakukan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Jangan gopoh laksana kebaikan "