DRRESD Health and Beauty (dRResd), pengendali pusat rawatan resdung dRResd Natural Therapy Centre bakal melancarkan produk baharu, dikenali sebagai Kapsul Resdung Plus dRResd yang di formulasi daripada herba-herba terpilih, bulan depan.
Pengarah Urusannya, Hamdani Hamzah berkata, kapsul bermutu tinggi itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ia boleh didapati di semua stokis dan ejen selepas dilancarkan pada 1 Mac ini.
“Sebelum ini, kami hanya keluarkan kapsul resdung biasa untuk masalah alahan hidung, gatal-gatal hidung dan muka, hidung sering berlendir dan sumbat.
“Untuk kapsul resdung plus baharu ini, ia diformulasi istimewa bagi mengatasi masalah resdung kronik, alahan hidung teruk, masalah resdung kering sehingga menyebabkan sakit kepala. Ia sesuai bagi mereka yang tidak menjalani rawatan resdung,” katanya.
Hamdani berkata, Kapsul Resdung Plus itu dilihat sesuai dikeluarkan pada masa kini memandangkan faktor gaya hidup, pemakanan tidak seimbang dan masalah pencemaran alam sekitar yang menjadi penyumbang kepada penyakit resdung hari ini.
“Istimewanya, produk ini diformulasikan khas dari herba-herba terpilih, terbaik dan bermutu tinggi seperti mengkudu, habbatus sauda, bawang putih, akar mengkunyit, pudina dan ginseng,” katanya.
Menurutnya, pada tahun ini, dRResd menyasarkan untuk menambah 100 ejen baharu di seluruh Malaysia menerusi program pembangunan usahawan yang dilancarkan sejak Januari lalu, melalui kursus latihan yang diadakan setiap bulan.
“Setakat ini, dRResd mempunyai 35 ejen dan stokis di seluruh Malaysia,” katanya.
Jelasnya, dRResd juga telah memperkenalkan kad keahlian dikenali sebagai ‘VIP member card dRResd’ pada 1 Februari lalu dengan kategori iaitu premium dan gold.
“Pemegang kad ini akan menikmati antaranya rawatan percuma pada hari lahir, satu baucar 50 peratus untuk rawatan resdung dan 10 peratus diskaun untuk semua produk dRResd.
“Kami menyasarkan untuk menarik 1,000 ahli berdaftar tahun ini. Setakat ini, 400 ahli menggunakan kad ini,” katanya.
dRResd kini mempunyai lebih 20 produk antaranya kapsul resdung, pil nasobet, toner hidung, pewangi hidung, pencuci telinga, Naturopathy Sinus Remedy, sabun herba magika, bedak herba magika dan Naturopathy Detox Remedy.

0 Komentar untuk " dRResd bakal lancar produk resdung baharu "