“MESTILAH setaraf! Hanya parti pembangkang sahaja yang sengaja tidak setuju.”
Komen seperti di ataslah yang akan menjadikan budaya pendidikan kita tidak setaraf dengan universiti-universiti Barat. Kualiti pendidikan tidak boleh dipolitikkan. Kritikan seorang tenaga pendidik seperti saya bukanlah kritikan atas partisan politik. Kita menganggap pelajar-pelajar kita sebagai anak murid. Yup, anak.
Kita berusaha mencungkil potensi istimewa mereka walaupun di luar kuliah. Kita mendidik bukan sekadar sebagai satu kerjaya, tetapi ibadah, jihad fi sabilillah. Banyak kali kita terlupa meminta bayaran overtime mengajar kerana keasyikan mengejar masa membuat penyelidikan dan konsultasi luar kuliah dengan pelajar-pelajar.
Sejauh manakah universiti kita setaraf universiti Barat? Apakah indikatornya tentang kehebatan universiti kita?
Dikatakan bahawa kini terdapat 135,000 pelajar asing di universiti. Inilah indikatornya. Saya teringat filem P Ramlee di mana heroin ingin membuktikan yang dia cantik dan berkata, “Sekali petik jari, sepuluh yang datang!” Hero jawab, “Kalau sepuluh itu tua nyanyuk!”
Kita hantar pelajar kita yang top ke universiti Barat tapi pelajar asing yang kita terima itu berkualiti atau tidak? Ada sebahagian yang sengaja dapatkan visa pelajar bagi tujuan selain belajar! Cuba tanya tentang statistik berapa ramaikah yang fasih bahasa kebangsaan. Pelajar-pelajar yang kita hantar ke Rusia fasih bahasa Rusia, ke Jepun fasih bahasa Jepun, ke China fasih bahasa Mandarin, ke Britain fasih bahasa Inggeris. Adakah buruh kasar Bangladeshi lebih fasih bahasa kebangsaan daripada mahasiswa-mahasiswa asing ini?
Pelajar kita disaring dengan ketat oleh universiti Barat supaya patriotisme dan ideologi Barat dijaga apabila pelajar-pelajar kita belajar di sana. Bagaimana dengan universiti-universiti kita?
Satu lagi hujah untuk membuktikan universiti kita setaraf universiti Barat ialah bahawa Universiti Malaya berjaya menduduki tangga 151 dalam senarai 400 universiti teratas dunia.
Demikian menurut QS World Ranking 2014 yang berpangkalan di London.
Kita tanya perlukah kita terkejar-kejar mengikut piawaian Barat?
Harry Lewis, seorang Profesor di Universiti Harvard, telah menulis buku bertajuk, Excellence Without A Soul (Hebat tanpa roh). Dalam buku ini, beliau mengkritik hebat budaya pendidikan Barat walaupun di universiti world class seperti Harvard. Kata beliau, “(Western Universities) will be regarded as sources of economic security for their graduates but not of intellectual or personal inspiration” (Universiti-universiti Barat dianggap sebagai sumber keselesaan ekonomi untuk graduan mereka, bukan sebagai inspirasi intelektual atau peribadi).
Memang universiti Barat mampu 'menternak' graduan-graduan yang hebat tetapi ternakan-ternakan yang dilahirkan lebih laris untuk dijual di pasaran ekonomi, bukan untuk perkembangan minda dan nilai-nilai kemanusiaan.
Saya pernah tanya pelajar-pelajar saya berjumlah lebih kurang 120 orang satu semester. “Mengapa kamu memilih universiti ini?” Beberapa pelajar jawab dan majoriti senyap seperti biasa seolah-olah mereka hanya tukang angguk, “sebab saya ingin belajar.”
Saya tanya lagi, “mengapa ingin belajar?” Ada yang nampak soleh dan solehah jawab dengan penuh yakin, “sebab belajar itu ibadah.”
Saya tanya lagi, “kalau universiti tidak memberi sekeping ijazah yang diiktiraf, masih mahukah belajar di sini?”
Jawapan paling spontan ialah, “saya akan cari tempat lain!”
Ada pelajar yang lebih jujur bila ditanya mengapa memilih universiti ini, “saya tidak memilih. Saya dipilih. Saya memilih universiti dan jurusan lain tapi ini sahaja diberi.”
Yang paling sedih ialah yang menjawab, “saya pilih kursus ini kerana saya tak perlu baca banyak. Saya tak suka baca!”
Ketika saya bermesyuarat dengan pertubuhan dakwah, saya tanya, “ramai graduan agama kita lahirkan setiap semester. Di mana mereka dalam arena dakwah?”
Seorang Cina Muslim dengan selambanya jawab, “di atas pentas, di kaca TV atau keyboard warriors!”
Kita tidak boleh salahkan universiti atau pendidik semata-mata. Budaya perlu ditajdidkan supaya setiap rakyat Malaysia kelihatan membaca buku-buku berkualiti di mana-mana tempat sahaja di Malaysia sama ada di dalam bas, jalan raya dan kedai-kedai makan. Kerajaan perlu sudi mendengar kritikan pendidik kerana merekalah yang berdepan dengan pelajar setiap hari.
Tidak perlu kejar Barat. Biarlah Barat satu hari kejar kita!
* Abdul Naser Tun Rahman tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Pendidikan setaraf universiti Barat? "