SYARIKAT logistik milik Bumiputera, ADZ Group Of Companies menyasarkan peningkatan bagi pendapatan tahunan sebanyak dua kali ganda kepada RM6 juta sepanjang tahun ini.
Pengarah Urusannya, Norhadira Zainodin berkata, sasaran pendapatan itu didorong oleh peniagaan jual beli menerusi anak syarikatnya, ADZ Trading Resources Sdn Bhd.
"Tahun lalu, kami memperoleh RM3 juta dan kami menjangkakan jumlah itu dapat bertambah dengan adanya pergerakan aktif dalam perniagaan jual beli tahun ini," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.
ADZ Group Of Companies adalah syarikat logistik yang menawarkan perkhidmatan lengkap daripada mula sehingga akhir penghantaran sejak 2010.
Menurutnya, menyedari perkhidmatan logistik tidak perlu berakhir di situ dan peluang besar dalam perniagaan jual beli membawa pihaknya mengambil keputusan untuk aktif dalam perniagaan berkenaan.
Katanya, urus niaga jual beli daripada China itu telah bermula sejak 2013 tetapi hanya aktif pada awal tahun ini.
Norhadira berkata, tujuannya adalah bagi mewujudkan satu gedung pembelian borong atau pusat sehenti yang lebih murah dan harga berpatutan.
"Bagi peringkat permulaan, kami telah membuka kedai pertama di Seri Kembangan dan telah memulakan beroperasi untuk sebarang urusan jual beli.
"Impian saya adalah untuk mempunyai satu cawangan di setiap negeri menerusi francais. Setakat ini, ada usahawan di Negeri Sembilan dan Johor telah menunjukkan minat," katanya.
Bukan itu sahaja, bagi membantu usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan jual beli ini, kami menyediakan kelas bagi memberikan pendedahan ilmu jual beli kepada mereka.

0 Komentar untuk " ADZ fokus perniagaan jual beli "