Bayar GST mingguan, bukan hujung tahun - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bayar GST mingguan, bukan hujung tahun

GST bakal tiba pd 1hb April 2015. Ianya pasti bukan satu kejutan (AprilFool) seperti kebiasaan berlaku pd setiap tahun menjelang 1hb April.

Walaupun ianya nama perkhidmatan yang diperbaharui jenamanya (sebelum ini dikenali dengan nama 'Goverment Tax'), namun sesetengah pihak GST seperti mimpi ngeri yang perlu dihadapi.

Bak kata pepatah @ peribahasa orang tua, 'siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya'. Siapa sebelum ini liat atau kerap menipu kerajaan dalam menjelaskan jumlah niaga (ditafsirkan barang kena cukai), pasti berasa panas ketika ini.

Namun, bagi saya GST ini bukan seperti pepatah tersebut dan ianya seperti kata pepatah lama, 'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'. Kerana segelintir pengilang dan peniaga yang cuba lari dari membayar cukai, semua rakyat merana akibatnya.

Persoalan yang ingin saya nyatakan sebelum menjelangnya permulaan GST iaitu pada 1hb April ini, ialah apakah kajian atau aturan cara 'pengkelasan' siapa yang patut bayar GST dan siapa yang untung di perinci ? Bukan saya menolak GST tetapi apakah ianya adil untuk rakyat jelata ?

Saya mengikut dari penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam baik melalui penjelasan secara terus mahupun melalui media.

Dari jujuran pengekalasan 'siapa' yang kena GST, 'siapa' yang boleh tuntut semula GST dan 'siapa lagi' yang dikenakan GST. Persoalannya ialah kenapa hanya pihak di pertengahan iaitu pemborong atau orang tengah boleh menuntut semula cas GST kepada kerajaan ? Apakah ini adil cara perjalanan GST iaitu hanya pengilang dan 'rakyat akhir jajaran GST' di kenakan GST ?

Inilah persoalan - persoalan yang sering bermain di pemikiran rakyat jelata, 'kenapa' orang tengah atau peniaga boleh claim semula GST sedangkan mereka tetap mengambil keuntungan dari setiap perniagaan.

Jika semua ini benar berlaku pd 1hb April 2015 ini dan demi kesejahteraan pembangunan yang dapat dimajukan setelah menerima bayaran GST dari pihak yang dikenakan GST, saya sekali lagi merayu kepada pihak kerajaan untuk lebih tegas mengutip cukai GST dengan lebih sistematik.

Saya yakin sistem GST yang diperkenalkan ini tidak menampakkan peningkatan kutipannya jika ianya masih dikutip cukai GST pada setiap penghujung tahun. Maka, saya mencadangkan kepada kerajaan agar satu mekanisma sistem baru bagi penerimaan bayaran cukai GST yang dibayar oleh pengilang dan rakyat jelata diwujudkan.

Setiap penerimaan GST atau kutipan yang dibuat oleh pemborong atau peniaga dari setiap pembelian yang dibayar (barang yang dikenakan GST), harus dibayar terus kepada kerajaan pada setiap minggu. Maka ketirisan atau cubaan menipu rakyat oleh peniaga - peniaga yang masih belum berdaftar dengan kerajaan untuk mengutip cukai GST tidak terlepas dari penipuan.

Rakyat juga boleh mengetahui apakah cukai GST yang dibayar untuk setiap barang yang dibeli oleh rakyat, kerajaan menerimanya. Saya khuatir kepintaran peniaga - peniaga ini yang sering melarikan diri dari membayar cukai dengan mengwujudkan pelbagai alasan untuk dikecualikan dari cukai. Sedangkan setiap pembelian barang yang dikenakan cukai GST telah dibayar.

Itu sahaj yang saya pohon kepada kerajaan agar di tahun - tahun mendatang, kerajaan tidak memikirkan lagi nam - nama cukai yang baru disebabkan kegagalan kutipan cukai GST yang tidak seperti yang diimpikan.

Mohamad Ghazali Zainal Abidin

0 Komentar untuk " Bayar GST mingguan, bukan hujung tahun "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ