KUALA LUMPUR - Ketika berlangsungnya sesi soal jawab lisan di Parlimen pada Selasa, Datuk Othman Abdul (Pendang-BN) bertanya tentang kuasa untuk menarik balik darjah kebesaran daripada penerima yang terlibat dalam jenayah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menjawab soalan tambahan itu, hanya pengeluar darjah kebesaran yang layak menarik balik pemberian tersebut daripada penerimanya.
Dalam pada masa yang sama, wujud cadangan serupa di media sosial, memandangkan individu yang dikurnia darjah kebesaran sepatutnya menjaga status sejajar dengan gelaran diberikan kepada mereka, dengan mengelakkan daripada terjerumus dalam aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Isu menarik balik gelaran pernah diperkatakan pada Jun 2004 oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Mohd Johari Baharum yang berkata, kerajaan mengkaji cadangan supaya pangkat kebesaran yang diberi kepada individu yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah, ditarik balik.
PENARIKAN SEBELUM INI
Penarikan semula gelaran oleh Sultan, Raja atau Yang Dipertua sesebuah negeri atas pelbagai faktor bukanlah perkara baharu.
Terbaharu adalah pada Disember tahun lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 Nov, ekoran tindakan Anwar sejak akhir tahun 2013 yang mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi diraja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.
Namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu masih mempunyai darjah kebesaran negeri lain, antaranya Perlis, Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Pada Oktober 2010, Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V juga menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, tanpa menghebahkan kepada umum sebab penarikan balik tersebut.
Pada Oktober 2004, Sultan Pahang menarik balik gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' daripada dua lelaki berhubung penglibatan mereka dengan jenayah, antaranya kerana terlibat dalam kongsi gelap.
ADAKAH WAJAR?
Justeru, adakah wajar sekiranya penglibatan seseorang individu di dalam jenayah dijadikan sebagai batu asas atau ketetapan untuk sesuatu darjah-darjah kebesaran ditarik semula?
Menjawab persoalan itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian menegaskan sebarang keputusan pelucutan darjah kebesaran adalah di bawah kuasa mutlak dan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri yang mengurniakan darjah kebesaran berkenaan.
Katanya penarikan semula darjah kebesaran pada penyandangnya bukanlah amalan baharu, malah beberapa negeri termasuk Sultan Selangor dan Sultan Johor pernah berbuat demikian beberapa kali atas sebab-sebab tertentu.
"Keputusan hanya boleh dibuat oleh pihak istana sendiri berdasarkan peraturan atau panduan yang digunapakai oleh istana... maka ia terpulang kepada pihak istana sama ada mahu menarik balik sesuatu anugerah itu atau tidak, tanpa boleh dipengaruhi oleh sesiapa.
"Namun sejauh mana amalan itu hendak dijadikan sebagai satu ketetapan, ia bergantung kepada istana... kalau hendak disyaratkan, ia haruslah bersifat menyeluruh di mana bukan dikenakan pada seseorang individu tertentu sahaja... tetapi seharusnya kepada individu-individu lain yang disabitkan kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
PULANGKAN SEMULA
Beliau berkata, ini bagi mengelakkan penarikan semula sesuatu darjah kebesaran itu dipertikaikan dan dijadikan bahan politik.
"Contohnya, sekiranya hanya Anwar dikenakan tindakan penarikan balik gelaran, ia pasti mewujudkan kesan yang tidak baik kerana orang akan mempertikaikan kenapa baru sekarang, kenapa tidak ketika Anwar dipenjarakan pada 1999 dahulu... akan ada banyak isu timbul," katanya.
Sivamurugan, bagaimanapun, berpendapat Anwar misalnya, jika tidak mempercayai sistem raja berperlembagaan dan mempersoalkan kewibawaan institusi itu, adalah wajar bagi beliau untuk memulangkan semula kesemua gelaran yang diperolehnya.
"....kalau beliau hendak pulangkan, tetapi mungkin bagi beliau anugerah itu diperoleh ketika berada di dalam kerajaan dahulu tetapi beliau wajar memulangkan
sekiranya terus menyelar raja-raja," katanya.
BUDI BICARA
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata kelazimannya apabila seseorang individu melakukan jenayah, anugerah yang diperolehnya ditarik balik.
Namun terdapat juga beberapa individu yang terlibat dalam kes jenayah sebelum ini tidak ditarik balik gelarannya.
"Ia terpulang kepada pemberi... juga terpulang pada Menteri Besar atau pun Perdana Menteri untuk menasihati Sultan atau Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian, tetapi setakat boleh menasihatkan," katanya.
Katanya, tidak salah untuk rakyat menyuarakan pandangan tetapi tidak boleh memaksa seseorang individu itu ditarik gelarannya kerana keputusannya tetap di tangan pihak istana yang berkenaan.
"Lagipun jika satu istana tarik balik, individu itu mungkin ada banyak lagi anugerah yang diperoleh dari istana negeri lain yang dikekalkan... maka dia mungkin tidak terkesan kerana masih boleh menggunakan gelaran yang ada," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Wajarkah darjah kebesaran pesalah jenayah ditarik? "