ORANG kita pandai berkias. Kata mereka, indah wajah kerana senyuman. Indah malam kerana bulan. Indah laut kerana pantai. Indah taman kerana bunga. Indah manusia kerana pekerti. Indah Water kerana kentut!
Memang tidak sedap didengar. Tetapi hakikatnya syarikat pembetungan negara itu memang ada kaitan dengan kentut. Kalau tidak kerana najis dan kekotoran lain yang dicurah dan dilimpahkan, IWK mungkin tidak wujud.
Lucu tetapi benar. Semuanya bermula dengan kentut. Itulah tanda-tanda awal ada gelodakan dan tekanan dari dalam tubuh, dan kita perlu segera ke tandas untuk menyahut seruan perut.
Setiap pagi, sebaik terjaga dari tidur, berjuta-juta orang di seluruh negara akan masuk ke tandas. Tidak kira kedudukan, pangkat dan jawatan, kita memulakan hari kita di bilik kecil itu, melepaskan apa yang ada di dalam perut.
Kita berasa lega dan boleh meneruskan kegiatan-kegiatan lain sepanjang hari. Setelah menarik pam tandas, kita tidak pernah terfikir dan tidak pernah bertanya pun apa yang akan terjadi kepada benda-benda yang keluar dari perut kita sebentar tadi. Kita tidak pernah ambil kisah.
Tetapi kita pasti akan terkejut apabila pam tandas ditarik, airnya tidak mengalir dan benda-benda yang kita teran dan pancutkan tadi masih berada di situ. Barulah kita gabra dan bertanya: “Apa hal?”
Perihal tandas tersumbat memang membuatkan kita tidak tenteram. Tandas tersumbat betul-betul mengganggu fikiran. Hendak ke pejabat tidak senang. Kalau ada temu janji bisnes pun perlu dibatalkan. Hatta sekiranya ada date dengan kekasih pun perlu ditangguhkan.
Tandas punya fasal, semua jadi serba tidak kena.
Sebenarnya perihal tandas bukan urusan pihak lain, tetapi urusan kita sendiri. Tandas kita semestinya kita yang jaga. Masalah sesetengah orang ialah mereka menjadikan tandas di rumah – juga tandas awam – sebagai tempat membuang apa sahaja, termasuk puntung rokok, kulit pisang, hatta tuala wanita. Ini akan menyebabkan paip pembetungan di bawah tanah tersumbat dan aliran air sisa kumbahan akan tersekat.
Perlu diingat apabila paip pembetungan tersumbat ada kemungkinan tandas di rumah-rumah lain juga akan tersumbat. Bayangkan sekiranya semua tandas tersumbat pagi itu, maka semua orang akan resah dan marah-marah.
Nasib baik ada IWK. Dail nombor berkenaan, dan tidak lama lagi petugas syarikat pembetungan negara akan tiba untuk memeriksa apa punca sebenar tandas tersumbat.
Selain tandas, sikap tidak prihatin kita ketika di dapur pun boleh mendatangkan masalah. Contoh, ramai yang mencurahkan minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki.
Ini akan menyebabkan minyak atau gris mengeras dan menyumbatkan paip pembetungan. Aliran air sisa kumbahan akan tersekat di dalam paip pembetungan di bawah tanah.
Apabila air sisa kumbahan tersekat alirannya di dalam paip pembetungan di bawah tanah, maka air sisa itu akan memenuhi lubang paip pembetungan @ manhole dan melimpah keluar di atas jalan raya. Baunya busuk, dan ada risiko terhadap kesihatan.
Memang IWK bertanggungjawab menguruskan hal-hal busuk ini. Dengan bayaran serendah RM8 sebulah – jauh lebih rendah dari kos makanan sekeluarga di restoran ayam goreng terkenal – syarikat berkenaan bertungkus-lumus siang malam memperbaiki mana-mana saluran pembetungan yang tersumbat.
Sebenarnya najis dari tandas dan air kumbahan dari setiap rumah dan premis melalui proses yang panjang sehingga menjadi bersih sebelum dilepaskan keluar dari loji-loji syarikat pembetungan. Berjuta-juta RM dibelanjakan setiap hari untuk kerja-kerja pembetungan di seluruh negara.
Tetapi, jangan bergantung hanya kepada IWK. Tugas menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab setiap orang. Sebagai warga prihatin dan bertanggungjawab, orang ramai pun boleh membantu kelancaran perjalanan air kumbahan melalui saluran pembetungan.
Jangan membuang sampah-sarap atau minyak masak yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas atau singki.
Bagi minyak masak yang telah digunakan, ambil tisu dan lapkan ke dalam kuali atau periuk. Minyak akan meresap ke tisu dan kita buang tisu berminyak itu ke dalam bakul sampah.
Pendek kata walaupun ada syarikat pembetungan marilah kita bekerjasama menjaga dan menceriakan alam keliling kita. Langsaikan bil bulanan, dan kentutlah dengan yakin dan selesa.

0 Komentar untuk " Kisah tandas pada suatu pagi "