Allianz sasar pertumbuhan dua angka GWP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Allianz sasar pertumbuhan dua angka GWP

ALLIANZ Malaysia Bhd menyasarkan pertumbuhan dua angka dalam premium bertulis kasar (GWP) bagi tahun kewangan 2015, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Zakri Khir.
 
Dalam 2014, dua anak syarikat insurans Allianz Malaysia iaitu Allianz General Insurance Co (M) Bhd dan Allianz Life, mencatatkan GWP, masing-masing sebanyak RM2.13 bilion dan RM1.83 bilion.
 
Bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran ‘Malaysia Against Irresponsible Drivers (MyAID)’ di sini hari ini, beliau menambah, bagaimanapun, kumpulan itu melihat bahawa tahun ini memberikan cabaran berikutan kelembapan ekonomi global serta perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan. - Bernama

0 Komentar untuk " Allianz sasar pertumbuhan dua angka GWP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ