Melaka terus menampilkan produk pelancongan baharu yang lebih menghiburkan dan menarik untuk memastikan negeri ini sentiasa dikunjungi pelawat.
Menggabungkan teknologi moden dengan penggunaan sistem audio dan visual serta persembahan tayangan lima dimensi atau 5D, tarikan baharu ini dikenali sebagai Warna Warna Melaka.
Tarikan baharu itu juga mengandungi tiga persembahan iaitu Bahtera Merdeka, Warna Melaka dan Melaka Alive.
Daripada ketiga--tiganya itu, persembahan Bahtera Merdeka dianggap paling menarik kerana penggunaan teknologi 5D, yang pertama seumpamanya di Asia.
Terletak di atas pentas seperti kapal, persembahan ini diilhamkan berdasarkan kisah Panglima Awang, seorang pelayar hebat yang dikatakan dibawa mengembara hampir seluruh dunia.
Persembahan kelas dunia
Persembahan ini menggabungkan kesan visual, muzik, cahaya dan bunyi kelas dunia yang pastinya memberikan pengalaman menakjubkan kepada setiap pelawat sehingga berasakan seolah-olah turut berada bersama Panglima Awang ketika dalam pelayaran yang penuh mencabar.
Ceritanya bermula dari era Parameswara yang mengasaskan Melaka sehingga kejatuhannya di tangan Portugis. Antara babak menarik yang dimuatkan ialah menonjolkan Legenda Rusa, Tikus dan Anjing.
Menerusi persembahan Bahtera Merdeka, pelawat boleh membayangkan suasana kedatangan armada Laksamana Cheng Ho dari China dan kehadiran Lopes de Sequiera dan Alfonso de Albuquerque ke pantai Melaka.
Dibawa ke abad 15
Satu lagi persembahan hebat yang seharusnya tidak dilepaskan oleh pelawat atau pelancong ialah Warna Warna Melaka atau atau Colours of Melaka.
Ia adalah sebuah bazar malam yang direka bagi membawa semua pengunjung di Melaka Alive.
Dengan hiasan yang direka khas, pengunjung dan pelancong akan terasa seperti dibawa kembali ke pasar malam abad ke-15 iaitu ketika Kesultanan Melayu Melaka. Setiap gerai yang berkonsep kereta lembu menjual barangan runcit serta menyajikan makanan tradisional Melayu dan Baba Nyonya Melaka.
Dengan berlatarbelakangkan persembahan teater menambahkan lagi kepada suasana dan detik persekitaran pada zaman dahulu.
INFO:
Melaka Alive dibuka setiap Khamis
Dua pertunjukan diadakan iaitu pada jam 7.30 malam dan 9 malam
Tempat: Melaka Alive, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka. (berdekatan dengan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan)
Hotline: 012 266 9374 atau 012 266 9461
Pejabat Jualan & Pemasaran: 03 7877 2828 (9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali Cuti Umum)
Email: sales@nuevo.com.my
Website: www.melakaalive.com.my
Facebook : Official Melaka Alive

0 Komentar untuk " Advertorial: Melaka dalam 5D "