SHAKLEE Products (Malaysia) Sdn Bhd menyumbangkan produk minuman nutrisi 'Shaklee Meal Shakes' bernilai RM1.5 juta untuk kanak-kanak dan pelajar kurang berkemampuan di Sabah.
Sumbangan itu diserahkan kepada badan bukan kerajaan yang terlibat dalam program itu iaitu Yayasan MyKasih, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Sabah, Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (Sawo) dan Partners of Community Organisations (Pacos) Trust Sabah.
Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim berkata inisiatif menerusi program tanggungjawab sosial korporat 'Shaklee Cares For Our Children' ini merupakan fasa kedua selepas fasa pertama pada Oktober tahun lepas di seluruh negara.
Bagi fasa kedua ini, sumbangan ditumpukan kepada empat buah sekolah iaitu masing-masing dua buah sekolah di Kota Kinabalu dan Kota Belud untuk kira-kira
1,000 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim berkata, selain pelajar sekolah, kanak-kanak daripada keluarga berdaftar dengan NCWO dan Sawo serta kanak-kanak daripada keluarga orang asal yang mendapat sokongan Pacos turut menerima bantuan itu. - Bernama

0 Komentar untuk " Shaklee sumbang produk bernilai RM1.5 juta "