Usah melatah terhadap perkembangan ekonomi dunia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Usah melatah terhadap perkembangan ekonomi dunia

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digesa agar tidak 'melatah' atau memberi reaksi melampau terhadap perkembangan ekonomi dunia sekarang melibatkan isu seperti kejatuhan harga minyak mentah, krisis kewangan Eropah serta penyusutan mata wang negara membangun.
 
Sikap sedemikian, tegas Ketua Pakar Ekonomi dan Strategi Pelaburan IQI Group Holdings, Shan Saeedan, hanya mengundang impak negatif terhadap pasaran tempatan.
 
"Reaksi yang melampau boleh menjejaskan tahap keyakinan pelabur bukan saja di peringkat tempatan, tetapi juga dalam kalangan pelabur asing," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Prospek Strategik Malaysia 2015 kali ke-17, di sini, hari ini. Acara itu dianjurkan Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia.
 
Sambil menyuarakan keyakinannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, Shan berkata rakyat tempatan sewajarnya melihat prospek jangka panjang negara dan tidak mudah panik dengan impak jangka pendek.
 
"Rakyat perlu melihat isu dari sudut pandang strategik dan bukannya sebagai langkah taktikal atau pertimbangan jangka pendek.
 
"Inilah kesilapan yang sering dilakukan ramai, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat global," katanya.
 
Shan yang juga antara pencemarah dalam sesi pertama bertajuk Trend dan Isu Ekonomi, berkata apa yang lebih penting adalah menarik keyakinan pelabur yang disifatkannya sebagai teras menentukan prestasi ekonomi negara.
 
Beliau turut mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini biarpun berdepan ketidaktentuan harga minyak mentah dan pergerakan ringgit di sepanjang tahun.
 
"Kerajaan sememangnya komited terhadap apa yang sedang dilakukannya dan saya sendiri sebagai warga asing, amat teruja dengan prospeknya.
 
"Ya, tidak dinafikan pasti ada masalah serta isu berbangkit di sepanjang usaha itu. Saya tidak katakan yang keadaan adalah mudah, tetapi kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani isu-isu itu secara profesional," katanya.
 
Sementara itu, penceramah lain iaitu Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pakar Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa menyifatkan 2015 sebagai tahun mencabar bagi Malaysia, terutamanya bagi pengeksport yang berurusan dalam dolar Amerika.
 
Malah, beliau menganggap 'perang' mata wang dan harga minyak mentah akan terus membebankan prestasi ekonomi Malaysia dan semua faktor itu berkemungkinan akan berterusan dan melangkaui 2016.
 
Bagi Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Bhd, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan lebih optimistik pada separuh kedua tahun ini berikutan jangkaan kestabilan harga komoditi.
 
Beliau turut mengunjurkan Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus tahun ini yang mana sebahagian besarnya dipengaruhi faktor luaran berbanding tempatan.
 
Mohd Nazri bagaimanapun membangkitkan kebimbangan utama sekarang adalah prestasi ringgit yang disifatkannya perlu berada pada paras selesa sekitar RM3.20 dan RM3.30 berbanding dolar Amerika (AS). - Bernama

0 Komentar untuk " Usah melatah terhadap perkembangan ekonomi dunia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ