Orang Kampung sasar jualan RM30 juta - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Orang Kampung sasar jualan RM30 juta

SYARIKAT pengeluar minuman herba, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd menyasarkan jualan bernilai RM30 juta bagi pasaran luar negara tahun ini.

Pengarah Urusannya Habibul 'Ajmi Manggar berkata unjuran termasuk RM12 juta dari pasaran Australia yang akan ditembusi bermula akhir Mac ini.

"Pada masa ini produk kami menerima sambutan menggalakkan terutama di Singapura, Jepun, Filipina, Brunei dan Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di kilang syarikat di Taman Perindustrian Merlimau, di Jasin, hari ini.

Beliau berkata bagi pasaran Australia, syarikat akan memasarkan produk minuman tenaga dan komestik menerusi beberapa syarikat di negara itu yang telah dikenal pasti berpotensi dilantik sebagai pengedar rasmi.

"Bagi pasaran domestik, kami turut menyasarkan jualan sebanyak RM30 juta tahun ini," katanya.

Sementara itu, Habibul 'Ajmi berkata syarikat dijangka beroperasi di bangunan baharu di kawasan Melaka Halal Hub, Serkam pada akhir Mac depan.

"Bangunan baharu syarikat kita didirikan di atas kawasan seluas dua ekar (0.81 hektar) dan pada masa ini telah 90 peratus siap," katanya.

Beliau berkata selain menjadi pusat pentadbiran, bangunan baharu itu turut menempatkan pusat penyelidikan dan pengurusan pembekalan bahan mentah. - Bernama

0 Komentar untuk " Orang Kampung sasar jualan RM30 juta "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ