Tempah, hantar, berbaloi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tempah, hantar, berbaloi

SELEPAS mendapat maklumat terdapat sebuah restoran baharu di Bandar Botanic Klang yang menyediakan nasi ayam sedap dengan harga berpatutan, penulis tertarik ingin mencuba.

Pertama ingin rasa keenakan nasi ayam seperti dikatakan, kedua untuk mengetahui sama ada benar harganya berpatutan.

Ini kerana pemberi maklumat mengatakan, selain sedap nasi ayam itu istimewa kerana ayam yang disediakan juga besar dan padan dengan harganya RM5 sepinggan termasuk secawan sup, sambal, salad dan timun.

Pemiliknya, Irmayati Yusof berkata, itulah keistimewaan nasi ayam di Restoran Farisya yang diusahakannya itu.

"Resipi nasi ayam ini adalah resipi ciptaan saya sendiri. Sebelum menemui resipi membuat sup, saya telah membaca banyak buku resepi. Saya adunkan semua ilmu dan maklumat di dalam pelbagai buku dan kemudian mencipta resipi sup nasi ayam ini," kata Irmayati yang lebih mesra  membahasakan dirinya Along.

Ternyata apa yang dikatakan wanita ini benar, sup nasi ayam yang disediakan memang sedap dan itulah keistimewaan nasi ayam dijual Irmayati.

Selain nasi ayam antara hidangan yang boleh dinikmati di Restoran Farisya adalah masakan panas seperti pelbagai nasi goreng, mi goreng, bihun goreng dan sebagainya termasuk tomyam.

Katanya, Restoran Farisya yang terletak berhampiran pasar raya GM Klang itu beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang sahaja pada Isnin hingga Jumaat.

Untuk sarapan, menu istimewa adalah lontong manakala untuk tengah hari terdapat hidangan nasi campur selain masakan panas.

Bagi hidangan nasi goreng, harganya cuma RM4.50.

Selain datang sendiri ke restoran itu, Restoran Farisya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus kepada pelanggan.

Kata Irmayati, pelanggan boleh membuat tempahan melalui telefon,  WhatApps, atau SMS.

Nampaknya bagi masyarakat atau pekerja pejabat di sekitar Bandar Botanic Klang, mungkin ini adalah perkhabaran baik kerana pelanggan boleh jimat masa.

Irmayati berkata, Restoran Farisya sedang rancak memulakan perkhidmatan penghantaran makanan itu bagi memudahkan pelanggan.

Lebih istimewa Irmayati berkata, tiada bayaran tambahan dikenakan pada setiap penghantaran makanan itu. Berbaloikan! Jadi, jika ke GM Klang, jangan lupa singgah Restoran Farisya.

0 Komentar untuk " Tempah, hantar, berbaloi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ