SEBUT sahaja Kek Coklat Lembap Anis di Kedai Mesra Petronas pasti ramai membayangkan keenakannya yang kaya dengan coklat serta tidak terlalu manis.
Tetapi adakah kita terfikir bagaimana perjalanan jenama tersebut untuk terus kekal dalam pasaran tempatan sehingga hari ini? Malah lebih membanggakan kek keluaran Anis Food Sdn Bhd (Anis Food) ini sudah menembusi pasaran Singapura, Brunei serta Indonesia dan mempunyai kilang kek di Bandung, Indonesia selain Shah Alam, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarah Urusan Anis Food, Sophiahanis Md Hanipah berkata beliau mula menceburi bidang perniagaan di rumah pada 2006.
“Idea untuk jual kek coklat muncul setelah saya melihat adanya permintaan untuk kek tersebut tetapi tiada dijual dalam bekas yang kecil ketika itu.
“Pelanggan sekarang mereka suka beli makanan yang kecil dan sekali makan sahaja, sebab itu saya berani ambil risiko ketika itu buat kek coklat lembap dalam bekas,” katanya.
Menurutnya di awal perniagaan kek buatannya di hantar ke kedai Mesra Petronas memandangkan ada ruangan untuk produk peniaga tempatan di sana.
“Masa mula berniaga di rumah saya mempunyai seorang pembantu bagi memudahkan kerja saya dan setahun kemudian saya tambah lagi seorang pembantu.
“Untuk penghantaran kek coklat ke Petronas saya lakukan sendiri sehingga tahun ketiga baru saya upah pemandu bagi penghantaran,” katanya.
Sophiahanis turut menekankan di dalam perniagaan kita perlu berusaha sehabis mungkin dan tidak boleh sambil lewa seperti peribahasa ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.
“Kalau mula berniaga kita pakai sahaja apa yang ada, tak boleh kalau kita nak semua peralatan lengkap baru nak mula perniagaan.
“Ini kerana kita masih baru dan perlu merasai pengalaman dari bawah untuk menjadikan kita lebih berjaya,” katanya yang turut menceritakan menggunakan kukus berharga RM30 sahaja ketika itu.
Cari kedai setelah empat tahun di rumah
Setelah empat tahun berniaga di rumah, Sophiahanis mengambil keputusan untuk mencari kedai memandangkan permintaan kek coklat lembapnya meningkat.
Menurutnya, beliau terpaksa mencari kedai untuk disewa walaupun ketika itu diselubungi perasaan takut memandangkan tiada pengalaman meluas dalam perniagaan.
“Masa itu saya keluar dengan perasaan takut. Takut memikirkan bolehkah saya membayar sewa kedai, bil elektrik serta air, upah pekerja dan bermacam lagi.
“Kemudian saya ambil keputusan untuk pergi kelas pemasaran dan belajar selok-belok perniagaan bagi meningkatkan keyakinan saya,” katanya.
Bagi Sophiahanis selepas habis mempelajari ilmu perniagaan di kelas tersebut, beliau lebih yakin dan berani untuk melangkah ke hadapan.
“Benar apa yang orang cakap, kita kalau berniaga tanpa sebarang ilmu kita akan rasa takut dan gementar, tetapi bila sudah ada ilmu kita akan lebih yakin dan tidak takut lagi,” katanya.
Menurut Sophiahanis setelah itu barulah beliau memperoleh kedai untuk disewa di Seksyen 13, Shah Alam. Selangor.
“Tujuan kami sewa kedai ketika itu hanyalah untuk kegunaan pengeluaran sahaja memandangkan rumah tidak mampu menanggung pengeluaran yang banyak,” katanya.
Buat pinjaman RM3.5 juta dari SME Bank
Selepas beberapa tahun beroperasi di kedai di Seksyen 13, Shah Alam, Anis Food mengambil keputusan untuk berpindah di kilang baharu pada penghujung 2014 di Bukit Jelutong Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Anis Food, Junaidy Abu Bakar yang juga merupakan suami Sophiahanis berkata keputusan tersebut dibuat selepas peningkatan permintaan sehingga 20,000 bekas kek coklat lembap dalam sehari.
“Di awal perniagaan di rumah, kami mampu menyediakan sehingga 2,000 bekas kek coklat sehari untuk diletakkan di Petronas sekitar Lembah Klang ketika itu.
“Kemudian, apabila berpindah ke kedai di Seksyen 13, Shah Alam, kami mampu menghasilkan 12,000 hingga 15,000 bekas kek sehari. Tetapi ia masih tidak mencukupi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Menyedari situasi tersebut Junaidy memindahkan kilangnya dari Seksyen 13 ke Bukit Jelutong, Shah Alam selepas berjaya memperoleh pinjaman sebanyak RM3.5 juta dari SME Bank.
“Alhamdulillah di kilang baharu kami mampu memenuhi permintaan memandangkan kapasiti pengeluaran kek coklat kami mampu mencecah sehingga 50,000 bekas sehari.
“Selain Shah Alam, kami juga mempunyai kilang di Kota Kinabalu, Sabah yang mampu menghasilkan 1,000 hingga 2,000 kek sehari bagi pasaran Sabah, Sarawak dan Brunei,’ katanya.
Menurut Junaidy, kilang di Shah Alam digunakan untuk menampung pasaran di Semenanjung Malaysia dan Singapura.
“Pada bulan 11 lalu kami berjaya membuka kilang pertama di luar negara di Bandung Indonesia bersama rakan kongsi kami di sana,” katanya.
PKS Bumiputera tembusi 7Eleven
Junaidy turut menceritakan dari segi pemasaran Anis Food telah berjaya mendapatkan kontrak tetap dengan Petronas bagi meletakkan kek coklat lembapnya di semua kedai Mesra termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kek coklat lembap Anis sudah berada di hampir 650 cawangan kedai Mesra Petronas selain hampir 2,000 kedai dan restoran seluruh negara. Kami juga berjaya memasuki rangkaian Mydin seperti Pasar Raya Besar Mydin, Mydin Mart dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di bawha Mydin bermula Januari 2014,” katanya.
Menurut Junaidy paling membanggakan apabila Anis Food berjaya menembusi kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven bermula 1 Disember 2014.
“Kami berjaya mendapatkan kontrak tersebut pada Oktober tahun lalu dan kami merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera pertama yang berjaya memenuhi kehendak 7-Eleven.
“Buat masa ini kami berjaya memasuki hampir 200 cawangan 7-Eleven sekitar Lembah Klang dan akan meluaskan pasaran kami hampir semua 1,900 cawangan 7-Eleven seluruh negara dalam tahun ini,” katanya.
Selain itu, Anis Food juga berjaya menempatkan kek coklat lembap buatannya di pasar raya Tesco sekitar Lembah Klang dan bakal memasuki seluruh pasar raya tersebut pada Mac akan datang.
Paten bekas kek bentuk 'love'
Setiap perniagaan pasti ada cabarannya dan Anis Food tidak ketinggalan dalam menghadapinya sepanjang mengusahakan perniagaan kek coklat lembap.
Menurut Junaidy, apabila ingin menceburi bidang perniagaan usahawan perlu bersedia menghadapi masalah persaingan dan kekurangan sumber manusia (pekerja).
“Persaingan pasti akan wujud dan bila sampai satu tahap kita tidak boleh menghalang orang untuk menjual produk yang sama seperti kita, tetapi kita perlu bijak mencari penyelesaiannya.
“Oleh itu, kami memperkenalkan bekas berbentuk ‘love’ bagi menampakkan kelainan kami dari pesaing luar dan bekas tersebut telah dipatenkan atas nama Anis Food dan peniaga lain tidak boleh menggunakannya,” katanya.
Dari segi masalah sumber manusia, Junaidy berkata usahawan perlu tahu menjaga dan melayan pekerja mereka dengan baik supaya tidak berlaku pekerja lari atau tidak datang kerja.
“Kami pernah hadapi semua itu, kemudian kami cuba wujudkan suasana kekeluargaan antara kami dan pekerja supaya mereka sentiasa dengan kita.
“Ramai cakap pekerja tempatan tidak bagus, tetapi bagi kami sebaliknya, ada juga pekerja tempatan kami yang sangat bagus,” katanya. Kek ini memang istimewa kerana berbentuk 'love'!

0 Komentar untuk " Kek Anis lambang kasih "