BOLEHKAH seseorang pergi membeli-belah secara bogel atau seorang penumpang berteriak ‘bom’ dalam kapal terbang atas nama hak asasi? Apakah penduduk setempat boleh terima jika ada orang mahu tanam mayat di laman rumahnya kerana anggap ini adalah haknya dalam negara demokrasi?
Apakah ada bantahan daripada penganut Kristian jika Jesus Christ atau Pope dihina dan dimalukan secara lucah? Apakah peluang seorang pelancong Malaysia tidak didakwa setelah ditangkap polis Thailand kerana menghina raja negara itu?
Apakah masyarakat Cina tidak marah jika ada cadangan supaya tarian singa/naga serta pembakaran colok di luar kuil diharamkan kerana mengganggu ketenteraman orang lain selain mencemar alam sekitar?
Semua ini adalah soalan hipotetikal. Realitinya, ini tidak berlaku di Malaysia kerana negara kita ada undang-undang. Lagipun, masyarakat kita menghormati agama, budaya, adat resam dan norma kehidupan bangsa lain.
Justeru, orang Melayu-Islam tidak akan sembelih lembu di depan rumah orang India walaupun pada Hari Raya Korban. Dan penduduk agama lain juga bertolak ansur dengan keadaan parkir dan lalu-lintas di kawasan kediaman mereka waktu orang Islam bersolat Jumaat setiap minggu.
Ada tolak ansur dan kefahaman bahawa kehidupan bermasyarakat dan hubungan kaum berlainan agama boleh berjalan baik jika wujud saling hormat dan bertoleransi.
Justeru, apabila pihak tertentu mencetus provokasi yang melampau dan mencabuli ketenteraman orang lain, pasti wujud keadaan tidak harmoni, kemarahan dan tindak balas. Kes seorang peguam tempatan membuat kenyataan liar terhadap Jakim adalah antara contoh.
Sebelum ini, banyak kes penghinaan terhadap agama dan umat Islam, ALLAH dan Rasulullah, raja-raja dan hak istimewa orang Melayu, serta kedudukan bahasa dan pendidikan Melayu. Seperti dijangka, ada bantahan dan reaksi keras terhadap provokasi sebegini.
Dengan senang, pihak yang memprovokasi melabel pula kumpulan yang memprotes sebagai rasis dan pelampau, termasuk Perkasa dan Isma. Padahal, apa kurang rasisnya puak seperti Dong Zong, Suqiu, Hindraf (pada peringkat awalnya) serta pemimpin DAP dan Majlis Peguam yang memulakan provokasi? Apakah pihak yang memprovokasi tidak dapat menjangka tindakan mereka akan dibantah? Atau mereka fikir hanya mereka yang pandai memprovokasi dan pihak lain tidak tahu atau tidak boleh membalas provokasi mereka?
Begitulah juga dengan kes majalah satira Perancis Charlie Hebdo. Walaupun pejabat majalah tersebut telah diserang dan ramai stafnya yang mati ditembak kerana beberapa kali menghina Nabi Muhammad dan umat Islam, pengarangnya menyiarkan semula kartun sensitif atas dasar hak kebebasan bersuara dan berekspresi. Memang benar, hak kebebasan ini dijamin Fasal 19 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948.
Di Amerika Syarikat, ia dijamin di bawah First Amendment manakala di Eropah, oleh Perkara 10 Konvensyen Eropah. Di Malaysia, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengizinkan ‘kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan’.
Namun hakikatnya, kebebasan ini bukan hak yang mutlak. Hatta di negara paling liberal seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Scandinavia pun, hak kebebasan ada hadnya. Seperti di Malaysia, mereka juga ada undang-undang, peraturan dan kawalan yang menyekat sesiapa yang memfitnah atau menyerang pihak lain atas dasar perbezaan, diskriminasi dan prejudis kaum, agama dan keturunan.
Misalnya, UK House of Lords menetapkan bahawa “Kebebasan itu sendiri adalah samar dan tidak tetap. Ia bergantung kepada suasana dan keadaan. Suara bebas, cinta bebas, makan bebas dan perdagangan bebas ada makna berbeza. Kebebasan bersuara tidak bermakna bebas secara mutlak. Ia bermakna kebebasan dihad oleh undang-undang.”
Justeru, Julian Assange boleh berkata bahawa tindakan beliau mendedahkan rahsia dan maklumat sulit banyak negara dan pemimpin melalui Wikileaks adalah hak asasi dan kebebasan demokrasinya.
Pemilik dan pengarang Charlie Hebdo juga berasakan bahawa mereka sedang mempertahankan hak kebebasan bersuara dengan tindakan mereka mencetak semula kartun yang menghina Nabi Muhammad dan umat Islam.
Hakikatnya, Julian Assange kini diburu pihak berkuasa beberapa negara kerana beliau juga tertakluk kepada undang-undang antarabangsa. Pengarang dan staf Charlie Hebdo juga terdedah kepada reaksi hasil tindakan dan sikap mereka.
Ramai penganalisis di Barat berpendapat keputusan mereka untuk terus-menerus memprovokasi mendedahkan semua staf kepada bahaya yang tidak diduga satu hari ini. Ini adalah sikap yang reckless dan pendirian yang tidak bertanggungjawab.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Setiap tindakan ada tindak balasnya "