KEHADIRAN Kelab Kebajikan Rakyat Malaysia (MRCC) di Kampung Paya Taram, Kerdau, Pahang baru-baru ini sedikit sebanyak dapat mengubat keperitan yang ditanggung akibat banjir besar akhir Disember tahun lalu.
Misi bantuan pasca banjir yang turut mendapat kerjasama dari Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia bersama 50 sukarelawan berkonvoi menaiki pacuan empat roda dari Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Perancangan yang diatur lebih dua minggu itu mencapai objektif apabila seramai lebih 70 keluarga di kampung berkenaan menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.
Turut serta Presiden Kelab Kebajikan Rakyat Malaysia, Datuk Abdul Rahman Bakar manakala konvoi bantuan diketuai oleh Datuk Mustapa Othman.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Bagi penduduk Kampung Paya Taram, Farid Abdul Kadir, 32, musibah yang berlaku dianggap cabaran berganda dalam hidupnya sebagai ketua keluarga.
Ini kerana anak bongsunya Nurfatihah Husna yang baru berusia 11 bulan menghidap penyakit air lebihan dalam otak (Occipital Encephalocele) sejak lahir yang memerlukan perhatian khusus kerana mudah mengalami sesak nafas.
“Banjir besar yang berlaku pada 26 Disember lalu memang menguji saya sekeluarga. Nurfatihah perlukan bantuan oksigen dan tempat bersih bagi mengelak risiko terkena jangkitan," katanya,
Menurut Farid, disebabkan penyakit itu juga kepala anaknya terpaksa ditebuk dan dipasang saluran tiub bagi membolehkan air lebihan di otaknya dibuang menerusi perkumuhan. Difahamkan Nurfatihah hanya boleh minum susu rumusan khas juga melalui saluran tiub.
“Berat Nurfatihah hanya 4.5 kilogram sahaja, untuk pastikan badannya sentiasa sihat, doktor menggalakkan kami memberikan vitamin sebagai makanan asas hariannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengenang kembali detik cemas ketika air naik mendadak, Farid berkata dia bergegas menghantar isterinya dan dua lagi anaknya berusia lima dan tiga tahun ke dewan orang ramai berhampiran.
“Memang keadaan di dewan pada masa itu agak sesak. Selepas itu saya hantar pula Nurfatihah ke Hospital Temerloh selepas seorang doktor menasihatkan kami agar berbuat demikian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Kata jurutera TNB Temerloh itu lagi, dalam keadaan kelam-kabut, tiada apa yang dapat diselamatkan apabila hampir keseluruhan peralatan di dalam rumahnya musnah dalam banjir yang menenggelamkan keseluruhan kampung.
“Kain baju yang tenggelam masih boleh dibasuh, peralatan elektrik semua rosak, apa pun kami bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal,” katanya.
Sementara itu warga emas istimewa Manaf Ali, 70, bersyukur kerana mempunyai anak angkat yang boleh membantunya ketika musibah itu melanda.
“Anak angkat dan juga rakan banyak bantu dan sekarang mereka bantu saya untuk bersihkan rumah,” katanya.
Seperti juga rumah lain, kebanyakan barang di dalam rumah Manaf rosak dan tidak dapat digunakan.
“Banjir kali ini memang luar biasa, memang orang kampung tidak sangka ia jadi seteruk ini,” katanya.
Terkejut rumah hanya nampak bumbung
Abdul Latif Mahalidin, 55, berkata, dia terkejut selepas melihat rumahnya hanya nampak bumbung melalui gambar yang diambil oleh pihak berkuasa.
“Pada 25 Disember itu hujan lebat tidak berhenti, air di luar rumah dah mula bertakung sampai buku lali, esok tu air dah sampai lutut dan kami sekeluarga ambil keputusan untuk berpindah mengikut arahan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya yang tinggal lebih 20 tahun di kampung itu.
Menurutnya, kerugian yang dialaminya dianggarkan mencecah RM30,000 selepas semua peralatan elektrik, perabot rosak dan tidak dapat digunakan.
“Masa banjir kampung ini memang tenggelam 100 peratus, hanya boleh masuk guna sampan ataupun bot, kami hanya dibenarkan pulang Jumaat lalu selepas sembilan hari tinggal di pusat pemindahan,” katanya.
Sewa hotel untuk cas telefon
Penghulu Mukim Kerdau, Ahmad Kaha Mohd Taib berkata bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengendalikan kes bencana apatah jika ia berlaku melibatkan radius yang besar.
“Ada 23 buah kampung di Mukim Kerdau, saya kena pastikan penduduk semua selamat dan berpindah, kerana Kerdau terputus hubungan selepas laluan utama keluar dan masuk digenangi air,” katanya.
Menurutnya, peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan ialah memastikan bekalan makanan sampai kepada penduduk yang terputus hubungan di kawasan Desa Baru Purun.
“Ada lebih 60 penduduk di kawasan Desa Baru Purun, saya berkampung di IPD Temerloh untuk pastikan helikopter hantar bekalan secukupnya ke lokasi berkenaan,” katanya.
Menurutnya sampai satu ketika dia terpaksa menyewa sebuah hotel di Mentakab semata-mata dapatkan bekalan elektrik untuk cas telefon bimbit.
“Telefon bimbit adalah alat komunikasi penting untuk saya dapatkan maklumat terutama jika ada mangsa yang terperangkap,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 1,250 penduduk dipindahkan dengan 864 buah rumah tenggelam sama sekali.
“Saya selaku wakil penduduk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan termasuk NGO dan sukarelawan yang bertugas. Kerjasama yang diberikan oleh Adun Kerdau Datuk Syed Ibrahim Ahmad serta Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said bagi melicinkan operasi pemindahan, pemberian bantuan yang berjalan dengan baik sekali,” katanya.

0 Komentar untuk " Sembilan hari rumah ditenggelami air "