Badak air: Herbivor atau Karnivor? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Badak air: Herbivor atau Karnivor?

[VIDEO] BADAK air, Herbivor atau Karnivor? Mungkin ramai di antara kita sebenarnya tidak atau terkeliru dengan kumpulan pemakanan haiwan ini.

Nampak sahaja jinak dan pasif, namun haiwan ini sebenarnya sama bahaya dengan pemangsa buaya yang selama ini digeruni oleh kebanyakan manusia.

Badak air atau dikenali sebagai hippopotamus amphibious banyak menghabiskan masanya dengan berendam di dalam air.

Haiwan besar yang beratnya boleh mencecah sehingga tiga tan ini memang dikenali sebagai herbivor, namun kadang-kala,ia juga dilaporkan membunuh dan memakan haiwan lain.

Pemerhatian ke atas aktiviti dan pemakanan badak air mula dijalankan pada Julai dan September 1995 seorang penyelidik yang bekerja dengan Jabatan Hidupan Liar dan Biologi Taman Negara Hwange, Zimbabwe, Joseph P. Dudley.

Catatan dan pemerhatiannya direkod serta didedahkan menerusi sebuah laporan bertajuk ‘Carnivory by the common hippo Hippopotamus Amphibius’.

Menurutnya, segalanya dikatakan bermula dengan penyebaran wabak penyakit antraks pada tahun 1995 yang dikatakan membunuh sebanyak lima peratus populasi badak air di taman negara tersebut dalam masa yang singkat.

Penyelidikannya terhadap punca penyebaran wabak berkenaan kemudiannya membawa kepada penemuan yang disifatkan menakjubkan – Badak air juga membunuh dan memakan haiwan lain.

Melalui tulisan Dudley, dia melaporkan melihat kelibat seekor impala cuba menyeberangi kawanan badak air di sebuah paya.

Sebaik sahaja impala tersebut berada di tengah kawanan itu, seekor badak air jantan dilaporkan menghampiri haiwan itu sebelum menggigit, mengangkatnya ke udara dan menghempas ke permukaan air hingga mati.

Sebaik sahaja haiwan itu dibunuh, badak air itu mula memakan bangkai impala berkenaan.

Seketika kemudian, kawanan badak air yang lain mula mengerumuni impala tersebut dan memakan bangkai haiwan itu.

“Ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Tingkah laku berbentuk karnivor oleh badak air, walaupun dalam kejadian yang sangat jarang berlaku, namun tidak pernah dilaporkan selama ini,” katanya seperti yang dipetik dalam laporannya.

Bagaimanapun, menurut laman rasmi Wikipedia, kumpulan pemakanan spesies haiwan ini sebenarnya masih tergolong sebagai herbivor.

“Rumput pendek merupakan sumber makanan utama mereka. Haiwan ini menghabiskan empat hingga lima jam sehari untuk makan rumput dan boleh makan sehingga 68 kilogram rumput setiap malam. Mereka hanya akan makan sedikit rumput dan tumbuhan dalam air.

“Memang ada laporan mengatakan badak air merupakan haiwan karnivor atau pemakan daging. Namun usus haiwan ini telah dikenalpasti tidak sesuai untuk menghadamkan makanan seperti daging. Tabiat memakan daging itu disifatkan sebagai tingkah laku menyimpang atau disebabkan oleh tekanan pemakanan,” katanya seperti yang dipetik menerusi laman web Wikipedia.

0 Komentar untuk " Badak air: Herbivor atau Karnivor? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ