Perluas usaha tembusi pasaran tempatan - AGRO JERNEH - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perluas usaha tembusi pasaran tempatan - AGRO JERNEH

AGRO Jerneh Sdn Bhd (Agro Jerneh) akan meluaskan pemasaran snek bar tenaga Moola keluarannya melalui syarikat pengedar Neo Distribution Sdn Bhd (Neo Distribution) secara meluas di dalam negara bermula tahun ini.

Pengarah Urusan Agro Jerneh, Mohsein Shariff berkata melalui kerjasama ini pihaknya berharap orang ramai mula mengenali snek bar tenaga Moola sekali gus dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara.

“Agro Jerneh mengeluarkan snek bar Moola, manakala Neo Distribution membantu memasarkannya. Ini dapat membantu kami memberi tumpuan pada pengeluaran produk sahaja tanpa merisaukan kaedah pemasaran yang akan dilakukan oleh Neo Distribution.

“Buat masa ini, kami mampu mengeluarkan empat juta snek bar Moola sebulan dan dengan kerjasama ini, kami berharap pengeluaran bertambah memandangkan pasaran kami bakal diluaskan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  di antara kedua-dua syarikat di Shah Alam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Neo Distribution, Mohd Zaki Hamat berkata pihaknya akan membantu Agro Jerneh memasarkan snek bar tenaga Moola dengan menembusi pasaran koperasi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

“Sebagai permulaan kami akan cuba menembusi pasaran koperasi sekolah di bawah angkasa dengan menyasarkan golongan pelajar sebagai pelanggan kami memandangkan snek bar tenaga Moola dapat membantu memberi tenaga kepada mereka.

“Pasaran koperasi merupakan pasaran yang tepat dan mudah dalam membantu snek bar tenaga Moola dikenali ramai sebelum kami membantu memasarkannya ke pasar raya yang ada dalam negara dan seterusnya keluar negara,” katanya.

Neo Distribution turut  menyasarkan 30 peratus penembusan snek bar tenaga Moola adalah dari koperasi dan sehingga hujung 2015 pihaknya mampu menjual satu juta snek tersebut dalam sebulan.

0 Komentar untuk " Perluas usaha tembusi pasaran tempatan - AGRO JERNEH "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ