Chenta Qaseh - Fokus pertingkat kredibiliti jenama - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Chenta Qaseh - Fokus pertingkat kredibiliti jenama

JENAMA CQ Global Enterprise (Chenta Qaseh)  semakin mendapat perhatian daripada peminat-peminat fesyen muslimah di Malaysia.

Sehubungan itu,  pengeluar  tudung dalam talian itu kini komited dalam membina kredibiliti jenama tudungnya.

Menyedari pasaran fesyen muslimah mampu menjangkau jauh, Chenta Qaseh memperkenal rekaan baharu setiap minggu bagi memberi peluang kepada penggemar fesyen muslimah mendapatkan koleksi tudung selari dengan trend terkini.

Pengasas Chenta Qaseh, Marina Ismail menyifatkan kehadiran Chenta Qaseh yang lebih menumpukan penjualan dalam talian sebagai satu langkah yang positif.

“Semakin ramai wanita memilih untuk membeli belah dalam talian kerana ia mudah, pantas dan menyeronokkan.

"Dengan pengeluaran rekaan tudung baru dalam jangka masa yang singkat, kami memendekkan kitaran pengeluaran dan pada masa yang sama rekaan dapat dikomersilkan pada kadar harga yang berpatutan, ”katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu Dalila Fisal yang juga pengasas bersama Chenta Qaseh berkata, Chenta Qaseh antara jenama dalam talian yang menjadi pilihan pelanggan memandangkan ketika ini, pasaran tudung di Malaysia begitu meluas dan banyak persaingan.

"Atas sebab itu Chenta Qaseh memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan. Setiap helai tudung dari Chenta Qaseh akan melalui proses penyaringan kualiti yang ketat untuk memastikan kesempurnaan pada kemasan tudung.

"Selain rekaan tudung yang eksklusif dan berkualiti, kami juga mempunyai polisi pembayaran selamat yang membolehkan pelanggan memilih sama ada mahu mendapatkan pulangan wang membuat penukaran sekiranya terdapat kerosakan pada tudung kami," katanya.

Dalam pada itu, Dalila berkata, Chenta Qaseh turut memberi peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin menjadi pengedar tudungnya dan setakat ini terdapat 51 pengedar Chenta Qaseh di seluruh Malaysia, Brunei dan juga Singapura.

Chenta Qaseh menyasarkan peningkatan jualan jenamanya kepada 80 peratus tahun ini berbanding 50 peratus pada tahun 2014.

Pada masa sama, Chenta Qaseh bakal menyediakan pelbagai koleksi fesyen yang sopan dan sesuai dengan budaya wanita timur tanpa perlu berkompromi dengan gaya dan trend terkini.

Dalam memenuhi aspirasi rekaan, Chenta Qaseh mengambil kira pelbagai aspek seperti pilihan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca tempatan selain kualiti menjadi keutamaan.

Tahun ini mereka bakal mengeluarkan seleksi pakaian Chenta Qaseh itu.

0 Komentar untuk " Chenta Qaseh - Fokus pertingkat kredibiliti jenama "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ