Kompleks beli-belah Suria KLCC.
Sebagai pengunjung sekali sekala menjejakkan kaki ke KLCC dengan niat membawa keluarga berubah angin sambil melihat keunikan menara berkembar PETRONAS, penulis juga tertanya-tanya siapa sebenarnya pemilik kompleks beli-belah Suria KLCC.
Melihat kepada premis yang ada di situ, mungkin tidak ramai orang kebanyakan yang mampu berbelanja di sana, cukup sekadar untuk makan tengah hari atau 'minum-minum' kerana harganya agak mahal jika dibandingkan dengan tempat lain.
Mungkin kerana sewa premisnya mahal atau itu memang standard ditetapkan pengurusan Suria KLCC untuk menjaga standard, kononnya itu adalah mercu tanda kebanggaan negara yang perlu dijaga atau dilihat berprestij.
Jika mercu tanda negara, kenapa tidak banyak premis yang melambangkan Malaysia, sebaliknya lebih dikuasai produk jenama asing. Mungkin alasannya ialah untuk menarik pelancong asing, tetapi kenapa produk atau syarikat tempatan seolah-olah diketepikan?
Kini, timbul semula isu yang mendakwa pengurusan seolah-olah sengaja cuba mengusir pengusaha atau penyewa tempatan. Caranya memang mengikut undang-undang atau peraturan kontrak, dengan menaikkan kadar sewa atau memindahkan premis ke lokasi lain.
Isu penyingkiran peniaga tempatan di Suria KLCC sudah lama berlarutan dan bertambah buruk sejak tahun 2007. Premis Restoran Kelantan Delights sudah diganti dengan peniaga asing. Selepas itu, premis Foto Point turut menjadi mangsa apabila pihak pengurusan dikatakan mengancam untuk mengenakan sewa berganda iaitu kira-kira RM45,000 sebulan jika masih mahu kekal beroperasi di situ.
Kecoh isu pengusiran butik BritishIndia
Terbaharu, agak kecoh apabila Suria KLCC dikatakan menghantar notis mengusir satu lagi syarikat tempatan, butik BritishIndia (Asia) Sdn Bhd (BritishIndia). Kini, pengasas BritishIndia, Pat Liew, dikatakan akan memohon injunksi mahkamah menghalang Suria KLCC mengusir mereka.
Liew mendakwa ruang niaga yang diduduki selama 18 tahun iaitu sejak Suria KLCC dibuka, mahu disewakan kepada butik fesyen jenama luar negara yang turut mempunyai premisnya sendiri di pusat beli-belah itu.
Kes itu turut menarik perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang mahu mencari jalan penyelesaian terbaik dengan mengatur pertemuan di antara kedua-dua pihak, sama ada esok atau lusa.
Bahkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), mengakui banyak menerima aduan mengenai perkara itu sebelum beliau dilantik sebagai ahli Kabinet.
Situasi itu membuktikan perkara itu memang sudah lama berlaku dan pengurusan tertinggi Suria KLCC bebas membuat sebarang keputusan, sekalipun kadangkala bercanggah dengan kepentingan nasional.
Ketika kerajaan sibuk mempromosikan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, kompleks ternama seperti Suria KLCC sepatutnya menjadi antara ejen yang membantu menjadikan hasrat itu terlaksana dengan menambah ruang niaga sedia ada.
Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bagi penulis, pihak yang berkaitan perlu melakukan sesuatu ke atas bangunan milik PETRONAS itu. Bagaimana caranya, itu perlu difikirkan bersama. Adakah jawatan peneraju Suria KLCC itu sesuai diberikan kepada warga asing yang diakui memang tidak peka dengan perkara seperti ini atau diberikan kepada warga tempatan yang memiliki semangat nasionalis.
Abai kepentingan warga tempatan
Memang kita tidak pernah menolak soal komersial dan keuntungan, tetapi perlukah dibuat sedemikian rupa sehingga mengorbankan kepentingan negara dan warga tempatan.
Jika perkara itu berlaku di New York atau London, mungkin ramai yang tidak menghiraukannya, tetapi ia berlaku di Suria KLCC yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur.
Timbul persoalan, siapa ikut telunjuk siapa dan siapa menguasai siapa?
Adakah kontrak atau perjanjian sewa premis di situ perlu dikaji semula kerana setakat ini, ia jelas memperlihatkan keuntungan kepada sebelah pihak saja.
Diharapkan pertemuan Hasan dengan pengurusan tertinggi Suria KLCC dan BritishIndia, esok atau lusa, boleh mencari satu penyelesaian terbaik. Bukan hanya untuk kes itu, tetapi untuk jangka panjang dan demi masa depan peniaga tempatan.
Penulis hormati strategi Hasan yang gemarkan pendekatan berbincang dan mencari penyelesaian dalam konteks sama-sama menang. Namun, kita jangan sesekali lupa dengan kes membabitkan Muslimah Zaida's Collection di Alamanda Putrajaya pada tahun 2010 kerana ia juga membabitkan pengurusan Suria KLCC.

0 Komentar untuk " Penyewa tempatan premis Suria KLCC perlu pembelaan "