MASJID sebagai institusi ibadah berperanan sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam. Ia sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah badan membina kemajuan ummah.
Mengimarahkan masjid adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Pengurusan profesional
Setiap Muslim harus menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Mekanisme pentadbiran dan pengurusan masjid juga perlu dikemaskinikan, yang bercirikan profesionalisme.
Sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah, Baginda SAW singgah di Quba’. Di sinilah Rasulullah SAW membangunkan masjid terawal yang dinamakan Masjid Quba’. Di Madinah, Rasulullah SAW membangunkan Masjid Nabawi. Ini menunjukkan masjid mempunyai kedudukan tinggi bagi umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman sahabatnya. Dalam masa yang sama, masjid digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. ALLAH SWT berfirman: "Hanyalah yang memakmurkan masjid ALLAH ialah orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian dan tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapa pun selain kepada ALLAH, maka merekalah orang yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Taubah: 18)
Cara RAsulullah SAW
Memakmurkan masjid mempunyai kesan positif bagi pembinaan masyarakat dalam rangka peningkatan kualiti hidup masyarakat dan negara. Oleh itu setiap Muslim harus berperanan dalam memakmurkan masjid berdasarkan firman ALLAH itu.
Di Malaysia, sejarah kewujudan masjid dilihat sebagai tempat penting sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana masjid dan surau memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran serta penyebaran Islam.
Dalam meningkatkan fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan dakwah,kita perlu mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dengan menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama insan. Bermula masjidlah, Rasulullah SAW membina masyarakat baru Madinah. Ahli suffah antara golongan yang terbit daripada kesedaran fungsi masjid.
Mereka banyak mengambil manfaat daripada ajaran Rasulullah SAW ketika itu. Peluang yang mereka gunakan dengan tinggal di bahagian penjuru masjid, dijadikan sebagai kesempatan untuk menghafal hadis-hadis Rasulullah SAW.
Abu Hurairah adalah seorang daripada ratusan ahli suffah yang banyak meriwayatkan hadis dibandingkan dengan sahabat yang lain. Tradisi menjadikan masjid sebagai pusat ilmu diteruskan ulama dalam mengembangkan risalah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW. Di era moden hari ini, kita berperanan besar untuk memakmurkan masjid.
Memakmurkan masjid mempunyai dua pengertian iaitu hissi dan maknawi. Hissi bererti membangun masjid secara fizikal, membersihkannya dan melengkapi dalam pelbagai sudut.
Sedangkan memakmurkan masjid secara maknawi adalah mengimarahkan masjid seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, iktikaf, dan ibadah yang lain seperti menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan dan pengembangan intelektual masyarakat.
Kita harus mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam dengan menghidupkan kembali peranan masjid dengan segala macam aktiviti keagamaan kerana situasi itu telah terbukti membawa umat Islam ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika.
Tarikan golongan muda
Dunia di ambang abad ke-21 ini kian hari kian terdedahkan dengan pelbagai isu yang tidak terjangkau dek akal fikiran generasi Y kala ini di mana berlakunya berbagai gejala negatif dalam masyarakat kerana sukar untuk hidup disebabkan kegawatan ekonomi.
Ada yang membunuh diri kerana perginya manusia pujaan, murtad kerana mengikut kekasih dan menukar nama kepada nama yang bukan Islam. Di samping itu tidak kurang pula yang melakukan zina secara terang-terangan, meminum arak dan sebagainya.
Kuasa besar dunia pula tidak henti–henti mengancam dan memberi amaran kepada sebahagian negara Islam agar tunduk kepadanya dengan menyombong diri sebagai akulah penguasa dunia atau akulah tuhan dengan sikap mengongkong umat Islam dan mereka yang masih kuat hubungannya dengan ALLAH. Dalam masa yang sama fahaman sekular semakin meresap ke dalam hati sebahagian umat Islam yang hampir putus hubungannya dengan ALLAH.
Pengembang Kristian dan lain-lain agama turut mengganggu suasana dengan penyebaran risalah dan kitab suci secara percuma. Manakala kemasukan pendatang asing juga menjadi isu besar mempengaruhi corak budaya masyarakat.
Mereka bukan sahaja datang untuk mencari pekerjaan tetapi juga membawa unsur negatif dan bahan meracuni budaya serta pemikiran umat Islam.
Dr Abd Rahman Abd Khaliq dalam bukunya, Ilhad pernah menulis sesungguhnya belia-belia Islam hari ini terikut-ikut dengan ajakan kekufuran yang palsu, ilhad zindiq.
Keadaan ini merobohkan kita daripada status sesuatu umat yang memerintah kepada umat yang diperintah yakni umat yang dicengkam dan umat yang boleh dipergunakan.
Terbinanya masjid di negara kita mudah-mudahan sedikit sebanyak menjadi platform menarik minat golongan muda terutamanya untuk kembali kepada ALLAH membina pemikiran strategik.
Matlamat & peranan masjid
Masjid adalah tempat ibadah Muslimin yang mempunyai peranan tertentu untuk kemajuan peradaban umat Islam. Sejarah membuktikan multi fungsi masjid berabad lamanya bermula dari zaman Rasulullah SAW.
Menelusuri sirah, kita dapat melihat Nabi SAW bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah.
Masjid Nabawi menjadi nadi pergerakan Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah tempat rakyat menuntut hak dan keadilan.
Masjid Nabawi turut berperanan sebagai pusat kebajikan, gedung ilmu dan pusat hubungan dengan ALLAH dan manusia sesama manusia.
Dengan fungsi-tersebut, terbukti Rasulullah SAW berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al-Deen (cara hidup) melalui fungsi komprehensif yang dijana institusi masjid.
Perkara ini jelas menunjukkan masjid bukan sahaja tempat untuk melakukan solat, bahkan mempunyai peranan lebih luas untuk menyebarkan dakwah daripada segenap aspek dan sudut kerohanian kepada masyarakat.
Perkembangan remaja masjid dan masyarakat setempat mampu menjadi sebagi penerus cita-cita dan perjuangan Islam dan sekali gus sebagai mendidik umat.
Sudah tentu keberadaan kita saat ini bergantung kepada kemampuan dalam meningkatkan pembinaan dan perkembangan daya insani serta potensi dalam rangka mempersiapkan harapan untuk masa depan umat.

0 Komentar untuk " Pentingnya masjid perkasakan ummah "