MAKSUD liberal dari sudut istilah membawa makna bebas atau pembebasan. Faham ini berkembang di Barat di Abad Pertengahan dan membawa pertentangan antara agama dan negara.
Liberalisme adalah suatu faham membebaskan manusia dari belenggu tahyul dan sesuatu yang tidak rasional lalu lahir modenisme dan pascamodenisme yang menolak agama sebagai sumber ilmu dan kehidupan dan menjadikan akal dan sains sebagai sumber pedoman untuk mendapatkan kebenaran mutlak.
Terdapat dalam kalangan orang-orang Islam juga mahu melakukan liberalisasi terhadap agama dengan melakukan tafsir dan taawil yang menyalahi pendirian ulama muktabar.
Pendekatan berasaskan tradisi dianggap ortodoks dan tidak berdaya maju. Kelompok liberal Islam ini menganggap cara mereka sesuai dengan kemajuan terkini.
Aminah Wadud tokoh liberal Islam sanggup menjadi imam dalam solat Jumaat di New York satu ketika dulu. Sisters in Islam di Malaysia yang menjadikan Aminah Wadud sebagai rujukan menyatakan menutup aurat wanita tidak wajib dalam Islam.
Jaringan Islam Liberal di Indonesia bergerak aktif untuk membebaskan orang Islam di Indonesia daripada kejumudan dan ekstrem dengan melakukan tafsiran baharu terhadap al-Quran.
Tokohnya seperti Harun Nasution, Nurkholis Majid dan Ulilabsar Abdallah menjadi kontroversial dengan menolak nas qatie (putus) dalam al-Quran dan memberi tafsir dan taawil mereka sendiri.
Kelompok liberal Islam dari sudut pemahaman dan aplikasi mereka terhadap Islam kelihatan bercanggah. Majlis Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Fatwanya menganggap Sisters in Islam sebagai sesat. Di Indonesia pengaruh liberal Islam dikatakan merebak dalam kalangan cerdik pandai dan di pusat pengajian tinggi.
Dalam tradisi Islam perubahan boleh terjadi dengan mengambil pendekatan islah dan tajdid. Pendekatan ijtihad adalah sesuatu yang lazim terjadi supaya bentuk tekstual dalam al-Quran dalam menyantuni tuntutan kontekstual tanpa merosakkan prinsip yang terkandung dalam al-Quran itu sendiri.
Malaysia umpamanya sedang melalui proses ini dalam menterjemahkan kaedah muamalah yang patuh syariah ke dalam sistem perbankan, takaful (insurans), sukuk (bond), waqaf, industri halal dan lain-lain melalui lembaga fatwa, ijmak ulama dan qiyas supaya ia selari dengan al-Quran dan As Sunnah.
Kita tidak perlu liberalisasi agama yang menyebabkan penyimpangan terjadi dan menyalahi aqidah dan syariat.
Perubahan yang berlaku di Barat pada prinsipnya menolak prinsip keagamaan untuk maju. Kristianiti tidak lagi relevan dalam membangun kemajuan dan perubahan. Aliran pascamodenisme yang sedang berkembang di Barat adalah anti agama dan menganggap akal atau rasionaliti itu segala-gala dan menjadi ukuran untuk mencari kebenaran mutlak.
Suatu ketika dulu pendekatan orientalis menjadi isu dalam memberi perspektif mengenai al-Quran, Hadis, sejarah dan falsafah Islam itu sendiri.
Kini proses liberalisasi agama dilakukan oleh umat Islam sendiri. Dalam bahasa analogi pokok itu tidak tumbang semata-mata dengan beliung saja. Kayu yang disendalkan kepada beliung bakal menyebabkan pokok tumbang.
Kelompok liberal Islam ini juga ibarat sedang merosakkan asas epistemologi dan tasawur Islami dan boleh menyebabkan perpecahan dan kekeliruan berlaku dalam kalangan warga umat, khususnya orang-orang jahil dan juga generasi muda yang sedang mencari maksud Islam yang sebenarnya.
Ia menambahkan perpecahan pemikiran dan cara beragama dalam kalangan orang-orang Islam dan apakah gerakan Islam liberal ini menjadi salah satu firqah yang menyeleweng dan menyesatkan umat Islam seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW pada akhir zaman nanti.
Kelompok menyeleweng ini harus kembali kepada al-Quran dan Sunnah sebenarnya dalam arus Ahlus Sunnah Waljamaah. Kemajuan dan perubahan boleh berlaku dalam kerangka dan metodologi yang terizin bukannya terjebak dalam metodologi Barat yang tidak bertunjangkan agama.
Isu agama pada asasnya menuntut keahlian dan kepakaran dalam aspek ilmu, syariat dan hukum. Bagaimana seseorang yang amat terdedah dengan kehidupan Barat dan tidak terdidik dalam proses pengilmuan dan pendidikan Islam boleh menjadi jurucakap terhadap asas-asas prinsip dalam Islam. Jika ini terjadi tunggulah kehancuran yang bakal terjadi.
* Prof Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Liberalisme bukan jalur Islam "