Jangan ambil mudah pengecualian insurans - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jangan ambil mudah pengecualian insurans

ORANG ramai dinasihatkan tidak mengambil mudah mengenai perkara pengecualian ketika membeli polisi insurans, supaya ia tidak menjejaskan proses tuntutan pada masa depan.

Ketua Pengunderaitan Allianz Life, Ho Ai Mee berkata, sama ada insurans hayat atau kesihatan, pengecualian diamalkan seluruh industri insurans, yang pada dasarnya merupakan risiko yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans.

"Pengecualian standard biasa dalam polisi insurans hayat di bawah kontrak kematian dan hilang upaya menyeluruh kekal (TPD) adalah ‘penipuan, peperangan, rusuhan dan kekacauan awam’.

"Sekiranya TPD terjadi akibat kesan tindakan atau disebabkan kejadian tersebut, maka manfaat insurans tidak akan dibayar," kata Ho dalam satu kenyataan.

Mengikut polisi asas insurans kesihatan, pengecualian biasa antara lain termasuk situasi yang wujud lebih awal, pembedahan kosmetik, rawatan pergigian dan rawatan kehamilan.

"Insurans adalah penting kepada setiap orang, bagaimanapun, adalah lebih penting untuk memahami polisi yang dibeli.

"Baca dengan teliti dan tanya kepada ejen masing-masing atau syarikat insurans mengenai pengecualian jika tidak pasti," tambah Ho. - Bernama

0 Komentar untuk " Jangan ambil mudah pengecualian insurans "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ