Mudah belajar bahasa Jepun - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mudah belajar bahasa Jepun

SALAH satu perkara biasa kita buat pada pelayar web adalah membuka tab baharu.

Terdapat beberapa pemalam untuk pelayar web yang menjadikan pembukaan tab baharu menarik, termasuk memaparkan gambar yang cantik, menggunakannya dalam produktiviti dan sebagainya.

Terkini, salah satu pemalam baharu yang ditemui dilihat memudahkan anda mempelajari bahasa Jepun setiap kali membuka tab baharu.

Dinamakan sebagai Mainichi, ia memaparkan sebuah perkataan Jepun yang baharu dilengkapi dengan gambar setiap kali anda membuka tab baharu.

Ia membolehkan anda mengetahui perkataan-perkataan Jepun baharu ketika ingin melayari web, sekali gus menjadikan pembelajarannya lebih menarik.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, anda boleh memuat turun pemalam ini secara percuma, dan memasangnya pada pelayar web anda.

0 Komentar untuk " Mudah belajar bahasa Jepun "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ