Bagaimana bateri Apple Watch? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bagaimana bateri Apple Watch?

APPLE telah memperlihatkan Apple Watch tahun lepas, tetapi masih tidak berkongsi mengenai ketahanan bateri jam tangan pintar itu.

Terkini, mengikut laporan baharu, difahamkan Apple Watch akan mempunyai masa bertahan bateri sehingga tiga hari lamanya, lebih kurang seperti beberapa jam tangan pintar lain di pasaran.

Namun Apple Watch dikatakan akan mempunyai masa penggunaan antara 2.5 jam ke 3.5 jam.

Apple Watch dikatakan akan dilengkapi dengan cip S1 yang mana mempunyai pemprosesan lebih kurang seperti pada iod Touch, dan pada masa sama menggunakan versi iOS yang ringan dengan nama kod SkiHill.

Seperti biasa, mungkin kita perlu nantikan pelancaran akhir Apple Watch yang dijangka sekitar Mac kelak untuk mengetahui sendiri bagaimanakah masa bertahan baterinya.

Tetapi, sekiranya masa bertahan bateri tersebut adalah seperti dilaporkan ini, maka mungkin Apple Watch akan dikritik ramai apatah lagi dengan Samsung Gear S dengan sokongan kad-SIM yang mempunyai masa bertahan bateri yang lebih lama (atau lebih kurang) dengan apa yang dilaporkan ini.

0 Komentar untuk " Bagaimana bateri Apple Watch? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ