MIDF bantu peniaga terjejas akibat banjir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MIDF bantu peniaga terjejas akibat banjir

MALAYSIAN Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah menganjurkan Sesi Bertemu Banker bagi menggalakkan skim pinjaman mudah MIDF kepada syarikat-syarikat perkilangan di  Wilayah Timur.

Ketua Pemasaran dan Pembangunan Produk Fadzlan Abu Bakar berkata, dalam sesi tersebut, MIDF akan berkongsi maklumat mengenai dana tambahan sebanyak RM80 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Bajet 2015.

Menurutnya, MIDF turut mengadakan sesi taklimat mengenai Dana Kecemasan PKS (SMEEF) yang ditawarkan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas banjir baru-baru ini.

“SMEEF adalah lanjutan daripada Kumpulan Wang Bantuan Awal PKS Banjir (SFAF) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

“Pada tahun 2012, kerajaan telah memberi peruntukan baru RM10 juta bawah SMEEF dengan jenis kejadian yang tidak diingini telah diperluaskan untuk perlindungan banjir, tanah runtuh, hakisan pantai, ribut dan kemarau.

“Di bawah SMEEF juga, PKS yang terjejas boleh memohon bantuan untuk membiayai pembelian mesin, peralatan, bahan-bahan mentah, pembaikan premis perniagaan sedia ada dan juga keperluan modal kerja,” katanya.

Selain itu, oleh kerana ini adalah pinjaman mudah, PKS akan hanya dikenakan kadar faedah pinjaman sebanyak 3 peratus setahun  dalam tempoh pembiayaan atau pinjaman sehingga 5 tahun 6 bulan tidak termasuk tempoh tangguh (dalam tempoh tangguh, PKS hanya akan membayar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman).

Di samping itu juga, PKS hanya perlu menyediakan bukti bencana alam melalui surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau satu salinan laporan polis ataupun kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah.

“PKS boleh memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Dana Kecemasan PKS dari laman web MIDF dan kembalikan borang ini bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk MIDF Cawangan yang berhampiran dengan mereka atau sebagai alternatif, mereka boleh menghubungi MIDF Cawangan yang berhampiran.

“MIDF bersama-sama dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah merancang beberapa pameran bergerak dengan bantuan persatuan perdagangan dan juga pegawai-pegawai daerah di kawasan yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, secara keseluruhan MIDF telah membantu sejumlah 118 PKS membina semula perniagaan mereka.

MIDF adalah sebuah institusi kewangan pembangunan utama negara yang mana ia  berperanan sebagai agensi di bawah Miti.

0 Komentar untuk " MIDF bantu peniaga terjejas akibat banjir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ