Maseratti catat pertumbuhan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Maseratti catat pertumbuhan

MASERATI Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan 200 peratus tahun lalu, berbanding tempoh sama pada 2013.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pengedar rasmi Maserati di Malaysia, Naza Italia Sdn Bhd melaporkan, peningkatan jualan itu sebahagian besarnya dipacu oleh model Ghibli.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, peningkatan itu adalah bukti bahawa syarikatnya menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan Maserati hingga menyumbang kepada pertumbuhan jenama berkenaan.

Pada peringkat global, Maserati menjual kira-kira 36,500 kereta di seluruh dunia pada 2014, peningkatan sebanyak 136 peratus berbanding 2013 dan hampir enam kali ganda daripada angka jualan untuk 2012.

Dalam pada itu, Maserati mengumumkan kenaikan jualannya sebanyak 252 peratus pada 2014 bagi Asia Tenggara dan Pasifik (Seap) tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2013.

Maserati berkata, pertumbuhan itu didorong oleh pelancaran Ghibli baharu dan model perdana jenama itu, Quattroporte.

The Ghibli menyumbang lebih 60 peratus daripada jualan runcit di rantau tersebut manakala model GranCabrio dan GranTurismo mencapai jualan dengan baik.

0 Komentar untuk " Maseratti catat pertumbuhan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ