Maxis perkukuh momentum tahun ini - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Maxis perkukuh momentum tahun ini

MAXIS Berhad (Maxis) mengakhiri 2014 dengan mencatatkan pertumbuhan positif dalam hasil perkhidmatan dan trend meningkat bagi petunjuk operasi berbanding dengan momentum yang merosot sejak beberapa tahun lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan Maxis berkata,  kini ia melangkah dengan momentum yang positif pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal berkata, banyak perubahan dilakukan Maxis pada 2014.

"Kami berjaya  menambah pelanggan yang menjana hasil sekali lagi terutamanya dalam segmen prabayar di mana kami mengalami kemerosotan terbesar pada tahun-tahun yang lalu.

"Suku ini sahaja, pelanggan prabayar baru kami melonjak lebih daripada setengah juta.

"Kami memperkukuhkan hasil data, dan penggunaan MI (internet mudah alih) yang semakin meningkat sekali gus mengimbangi kemerosotan SMS," katanya.

Sementara itu, Maxis mempertingkatkan hasil data walaupun mengalami impak dari hasil yang terjejas sebanyak RM16 juta berikutan kajian semula harga caj bayar bagi setiap penggunaan (PPU) untuk pasca bayar, sama seperti suku sebelumnya.

Dengan pelancaran Maxis Oneplan, syarikat telah menghapuskan kadar PPU yang tinggi bagi data untuk memberi pelanggan pengalaman tanpa kebimbangan.

Hasil MI meningkat 8.4 peratus suku ini, didorong oleh momentum yang diperoleh daripada proposisi tanpa kebimbangan dan penembusan telefon pintar lebih tinggi.

Bagi suku ke empat berakhir 31 Disember lalu, Maxis mencatatkan pertumbuhan suku tahunan sebanyak 2.2 peratus dalam hasil perkhidmatan ke RM2,094 juta berbanding RM2,049 juta pada suku ketiga 2014.

Maxis melabur RM1.1 bilion dalam perbelanjaan modal pada 2014 untuk pemodenan rangkaian, kapasiti dan peningkatan kualiti serta pengembangan liputan 4G.

Liputan penduduk bagi 2G dan 3G yang dimodenkan kini lebih daripada 75 peratus dan Maxis meneraju liputan penduduk 4G LTE di negara ini.

0 Komentar untuk " Maxis perkukuh momentum tahun ini "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ