Gamat Emas buka cawangan kelima - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Gamat Emas buka cawangan kelima

GAMAT Emas Sdn Bhd (GESB) menyasarkan jualan RM100,000 di Kedah dalam tempoh sebulan, selepas pelancaran cawangan baharu di Lagenda Heights, Sungai Petani, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Adenan Mohamad Zain berkata, cawangan baharu itu adalah yang kelima di negara ini selepas Teluk Intan, Perak; Machang, Kelantan; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Cawangan baharu ini berpotensi memberi peluang kepada 25,000 ahli di utara. Cawangan itu juga bakal dijadikan pusat latihan, jualan produk, khidmat nasihat dan bimbingan usahawan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya selepas majlis pelancaran pembukaan cawangan baharu itu.

Hadir sama, Pengarah Urusan GESB, Rosedy Issa.

GESB adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan telah beroperasi sejak 16 tahun lalu.

Menyedari hakikat gamat yang terlalu luas dan universal, Adenan berkata, GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian khusus untuk pengguna.

Setakat ini, GESB dapat memasarkan produk ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan kini sedang menyusun strategi bagi menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

GESB kini mempunyai 120,000 ahli di seluruh negara.

0 Komentar untuk " Gamat Emas buka cawangan kelima "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ