MAS tawar tambang perjalanan terhebat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MAS tawar tambang perjalanan terhebat

SUBANG - Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang perjalanan hebat kepada pelanggannnya untuk merancang percutian akan datang.

Tawaran terhad itu bermula 4 hingga 15 Februari ini khas untuk perjalanan kelas Ekonomi bagi destinasi domestik dan antarabangsa dengan penerbangan mulai 7 Februari hingga 30 November 2015.

Dalam satu kenyataan di sini MAS berkata tambang rendah itu termasuk yang menjadi destinasi kegemaran MAS iaitu London, Paris dan Dubai, serta destinasi utara Asia iaitu Incheon, Narita, Osaka dan Taipei.

Tambang yang menarik turut ditawarkan bagi destinasi Orient dan Asean seperti Phuket, Yangon, Phnom Penh dengan lebih 20 destinasi antara syarikat penerbangan termasuk New York, Chicago dan Miami.

"Lebih banyak penjimatan sekiranya membuat tempahan dengan kami memandangkan MAS memberi tawaran hebat untuk destinasi domestik bermula serendah RM139, perjalanan antarabangsa daripada RM299 dan tambang antara syarikat penerbangan bermula RM1,799.

"Mereka yang pulang ke kampung semasa musim perayaan mungkin berhasrat mengambil peluang atas tambang rendah ini memandangkan MAS mempunyai banyak destinasi untuk mereka pilih," katanya Naib Presiden Kanan Serantau bagi Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad.

"Kita turut mengadakan peraduan khasnya kepada tetamu kami yang membeli tiket pada tempoh jualan. Beritahu kami, apa yang paling anda sukai mengenai peruntukan bagasi kami
dan anda berpeluang memenangi tiket perjalanan kelas Perniagaan ke Hong Kong atau Ho Chi Minh City apabila menyertai peraduan ini," kata Muzammil.

Tambang istimewa menarik ditawarkan bermula serendah RM2,599 antara Kuala Lumpur dan London, Paris, Amsterdam, Frankfurt dan Istanbul. Laluan lain termasuk Kuala Lumpur ke Hong Kong, Shanghai dan Xiamen masing-masing bermula daripada RM799, RM999 dan RM1,199.

Pelanggan juga boleh menempat tiket mereka dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Bintulu, Sibu, Sandakan dan Kuching daripada RM259.

Tawaran menarik ini boleh dibeli melalui www.malaysiaairlines.com, atau melalui ejen pelancongan yang mengambil bahagian, pejabat jualan tiket dan pusat panggilan 24 jam MAS di 1-300-88-300.

Sementara itu, anggota Enrich boleh memperoleh atau menembus mata Enrich apabila membeli tiket semasa promosi. Bagi mendaftar Enrich dan untuk menikmati lebih banyak faedah serta ganjaran dengan MAS dan anggota penerbangan oneworld, pengguna boleh layari www.malaysiaairlines.com atau muat turun aplikasi MHmobile. - Bernama

0 Komentar untuk " MAS tawar tambang perjalanan terhebat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ