Perdagangan negara diramal naik tiga peratus - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perdagangan negara diramal naik tiga peratus

PERTUMBUHAN perdagangan dan eksport negara dijangka berkembang dua hingga tiga peratus tahun ini berikutan pasaran eksport yang bakal lebih mencabar,  tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, eksport dan perdagangan negara akan tetap berkembang tetapi sedikit perlahan jika dibandingkan dengan tahun lalu.

“Tahun lalu, pertumbuhan perdagangan negara berkembang kukuh dengan melepasi sasaran meningkat 5.9 peratus kepada RM1.45 trilion berbanding RM1.37 trillion pada 2013.

“Eksport 2014 juga dicatatkan meningkat 6.4 peratus atau RM46.14 bilion kepada RM766.13 bilion melepasi jangkaan enam peratus. Manakala,  import turut meningkat 5.3 peratus atau RM34.32 bilion kepada RM683.02 bilion.

“Pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan lebihan dagangan RM83.11 bilion, sekali gus menjadi lebihan dagangan 17 tahun berturut-turut yang pernah dicatatkan,” katanya ketika pengumuman laporan perdagangan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya,  lebih dagangan tahun lalu mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 16.6 peratus yang mana merupakan pencapaian mengalakkan berbanding pertumbuhan negatif yang direkodkan  pada 2012  (-22.8 peratus) dan (-25.7 peratus).

Katanya, peningkatan eksport yang kukuh di antara negara Asean, permintaan yang tinggi terhadap barangan perkilangan, pemulilhan dalam pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Jepun dan penerokaan pasaran baru seperti benua Afrika, Asia Tengah dan Asia Selatan,
merupakan penyumbang utama kepada prestasi pertumbuhan perdagangan tahun lalu.

Mustapa berkata, 16 pasaran yang mencatatkan peningkatan eksport melebihi RM1 juta antaranya Singapora, Amerika Syarikat,  India, Hong Kong, Australia dan Jepun, yang mana masing-masing menyumbang 64.7 peratus kepada eksport negara.

0 Komentar untuk " Perdagangan negara diramal naik tiga peratus "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ