Harga PR1MA punya kesan penstabil - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Harga PR1MA punya kesan penstabil

HARGA projek rumah mampu milik oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mempunyai kesan penstabil dan bertindak sebagai penanda aras bagi pelbagai rumah kediaman seumpamanya yang akan ditawarkan oleh pemaju swasta lain.

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co Chartered Surveyors Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahim Rahman berkata, pasaran hartanah tidak lama lagi akan memberi tindak balas dan sepadan dengan harga PR1MA, iaitu 25 peratus lebih murah daripada nilai pasaran.

“Jika rumah PR1MA hanya sekitar RM250,000, siapa yang mahu membeli rumah daripada pemaju swasta yang menetapkan harga antara 20 dan 40 peratus lebih tinggi?

“Sektor swasta tidak akan mempunyai pilihan tetapi mengikut langkah itu dan mula menurunkan harga hampir sepadan dengan apa yang ditawarkan oleh PR1MA,” katanya selepas mengeluarkan “Penyelidikan Rahim & Co - Kajian Pasaran Hartanah  2014/2015” di Kuala Lumpur.

Rahim berkata, dengan PR1MA, akan terdapat lebih banyak rumah mampu milik dalam pasaran dan keadaan akan menjadi stabil.

“Dengan PR1MA, harga rumah mampu milik tidak akan naik pada masa akan datang,” katanya.

Rahim berpendapat julat yang sesuai bagi rumah mampu milik di Kuala Lumpur ialah antara RM300,000 dan RM400,000, dan julat itu perlu lebih rendah bagi kawasan lain di negara ini.  - Bernama

0 Komentar untuk " Harga PR1MA punya kesan penstabil "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ