PUNB bantu usahawan ke pasaran Asean - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PUNB bantu usahawan ke pasaran Asean

AYER KEROH - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyasarkan sekurang-kurangnya 40 usahawan Bumiputera meluaskan rangkaian perniagaan mereka di pasaran negara Asean, tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya yakin ramai usahawan di bawah bantuan PUNB berpotensi tinggi memasarkan produk masing-masing di peringkat antarabangsa.

“Sudah tiba masanya usahawan PUNB yang berpotensi tinggi melihat pasaran luar Malaysia untuk mengukuhkan perniagaan.

“Kita boleh memasarkan produk seperti di Indonesia misalnya tanpa masalah kerana banyak kapal melakukan perjalanan ke beberapa lokasi di negara itu hampir setiap hari,” katanya sempena Sesi Dialog bersamanya dengan usahawan Melaka di sini,
kelmarin.

Mohd Ali selaku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam berkata, pihaknya akan bertemu dengan beberapa usahawan besar di negara berkenaan dalam masa terdekat bagi menjayakan hasrat terbabit.

"Kami juga akan terus memberi tumpuan supaya lebih ramai usahawan Bumiputera menceburi bidang perniagaan kritikal seperti automotif, profesional dan bahan binaan,” katanya.

0 Komentar untuk " PUNB bantu usahawan ke pasaran Asean "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ