BMW Group Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia pada 2014 sebanyak 9,046 unit, meningkat 13.4 peratus peratus berbanding 7,974 yang dijual tahun sebelumnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, syarikat berkenaan mencatatkan rekod keseluruhan penghantaran sebanyak 9,046 unit kenderaan yang merangkumi 7,808 unit BMW, 655 MINI dan 583 BMW Motorrad.
Menurutnya, permintaan kukuh terhadap varian BMW 3 Series, BMW 5 Series, serta pengenalan model baharu BMW, MINI dan Motorrad pada 2014 menjadi sebab utama memacu pengeluar kenderaan premium itu mencatat rekod prestasi jualan tertinggi di Malaysia.
“Ketika BMW 3 Series dan BMW 5 Series kekal jadi pesaing utama di pasaran dan dihargai pelanggan, kami juga menawarkan lebih banyak pilihan dalam segmen kenderaan premium tempatan menerusi pengenalan model seperti BMW X4 serba baharu dan MINI baharu.
“Tidak ketinggalan, model-model Motorrad seperti BMW R nineT dan BMW S 1000 R yang mendefinisikan semula segmennya.
"Sebagai tambahan, penambahan jumlah pelaburan ke atas kemudahan pemasangan tempatan untuk model BMW X5, MINI Countryman serta motosikal BMW F800GS dan F800R mencatatkan sejarah tersendiri buat BMW Group Malaysia, bukan saja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, baru- baru ini.
Harris berkata, syarikat menjangkakan mencatatkan pertumbuhan lebih baik pada 2015 walaupun ringgit agak merosot selain ketidaktentuan ekonomi dan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan berkuat kuasa 1 April depan hanya mampu memberi impak pada permulaan serta akan kembali normal suku ketiga tahun ini.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan Hendrik von Kuenheim berkata, 2014 adalah tahun cemerlang untuk Kumpulan BMW di seluruh dunia.

0 Komentar untuk " BMW catat jualan tertinggi "