KALAU ikut logik akal, dan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari, kerajaan sebenarnya tidak perlu bersusah-payah berkempen untuk galakkan orang ramai membeli produk Malaysia.
Maka sering saya tertanya-tanya, apa perlunya dari dulu hingga sekarang kita asyik menyeru rakyat membeli barang buatan tempatan?
Lama dulu – 4 April 1984 – kempen ‘Belilah Barang Buatan Malaysia’ pertama kali dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Antara tujuannya ialah untuk menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat, sederhana mahupun industri kecil.
Selepas kempen Tun M, dari semasa ke semasa kerajaan menerusi berbagai-bagai kementerian dan agensi meneruskan usaha memujuk orang membeli barang kita.
Sebelum akhir 2014 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga melancarkan kempen serupa dengan tema ‘Malaysiaku, Jenama Kita’.
Kata menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, masyarakat perlu mencontohi semangat patriotisme rakyat Jepun dan Korea Selatan yang setia serta bangga dengan produk keluaran negara mereka.
Terkini ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, Datuk Seri Najib Razak juga meminta rakyat membeli barang tempatan.
Dalam reaksi segera terhadap saranan perdana menteri itu, lima dewan perniagaan dan sebuah NGO bukan sahaja menyokong malah meminta kempen promosi membeli barangan buatan tempatan dijadikan dasar kerajaan sepanjang tahun bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
Lima dewan perniagaan itu adalah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Dewan Perundangan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), serta Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).
Kesemua dewan perniagaan berkenaan menyokong langkah yang digalakkan kerajaan dalam penstrukturan semula Bajet 2015 yang turut menggesa orang ramai mengutamakan produk buatan Malaysia.
Kepada siapa sebenarnya kempen – dan rayuan! – itu ditujukan? Pastinya bukan kepada rakyat terbanyak. Semua orang tahu sebahagian besar rakyat memang dulu, kini dan selamanya sentiasa membeli produk tempatan.
Sekiranya membeli dan menggunakan barang tempatan dijadikan ukuran patriotisme, lebih 90 warga negara kita tinggi semangat cintakan bumi bertuah ini. Jadi para menteri tidak perlu bimbang dan menghujah patriotisme rakyat. Kita semua memang pengguna produk tempatan.
Dengan nilai RM yang semakin rendah, orang kebanyakan, terutama nelayan dan petani di kampung, memang tidak mampu membeli produk luar negara. Untuk membeli barang tempatan pun selalu tidak cukup duit, macam mana hendak beli produk import?
Lagi pun dari segi makanan asas, kita memang selamanya selesa dan berselera dengan produk dalam negeri. Budu, belacan, cencaluk, petai, jering dan sekian banyak makanan asas dan keperluan harian kita memang buatan atau hasil tempatan. Jadi tidak timbul langsung orang kita memilih barangan import.
Kecualikan jika satu hari nanti England, Amerika Syarikat dan Australia menjadi pengeluar belacan atau budu, mungkin ada sesetengah kita - yang selalu mementingkan brand – akan lebih suka membeli budu import!
Sebahagian besar rakyat tidak kisah langsung tentang jenama. Almaklumlah dengan pendapatan hanya cukup-cukup makan, mereka tidak mampu membeli produk luar negara yang pastinya harga berkali-kali ganda lebih mahal.
Baik makanan harian, pakaian, alat solek, aksesori tubuh, mereka hanya mampu membeli produk tempatan. Tidak langsung berduit untuk membeli alat solek jenama terkenal dunia, maka memadailah mereka menggunakan alat solek tempatan, termasuk bedak sejuk.
Mereka sudah cukup bersyukur dengan baju cap pisang, cap ayam, cap keris dan lain-lain jenama buatan Jinjang atau Kajang. Kasut mereka pun cap biasa.
Satu-satunya alas kaki ada nama luar negara yang mereka mampu ialah selipar Jepun. Itu pun nama sahaja Jepun, tetapi buatan tempatan. Pendek kata tanpa kempen kerajaan pun, sebahagian besar rakyat memang hanya mampu membeli barang sendiri.
Jadi siapa sebenarnya yang mampu – dan megah – membeli produk dengan jenama London, Paris, New York? Siapa yang memandu Mercedes, Porsce, Ferrari? Siapa yang guna beg tangan Louis Vuitton, YSL, Chanel? Siapa?

0 Komentar untuk " Kempen ini untuk orang kaya "