HANYA sedikit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi industri kandungan halal di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin berkata, sehingga kini hanya terdapat 200 syarikat terlibat dalam kandungan halal daripada 4,600 syarikat yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
“Jumlah itu adalah masih sedikit dan beberapa sahaja merupakan PKS. Manakala, 70 peratus adalah syarikat multinasional. Kami berharap lebih banyak syarikat PKS tempatan untuk mengambil peluang ini,” katanya selepas pra pelancaran Halal Ingredients Asia 2015 (HIA 2015) dan logo HIA, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, HDC menyasarkan menambah 300 syarikat baharu menerusi industri halal dengan 100 syarikat yang diiktiraf halal datang daripada perniagaan kandungan halal.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk IR Hamim Samuri berkata, pihaknya menjangkakan jumlah lebihan eksport bagi industri halal tahun ini melebihi RM32 bilion berbanding pencapaian pada 2013.
HIA 2015 akan berlangsung 22 September hingga 23 September 2015 di Kuala Lumpur.

0 Komentar untuk " Saran lebih banyak penyertaan PKS "