Atasi ketidaktentuan harga barang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Atasi ketidaktentuan harga barang

PADA masa kini rakyat terutama golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah berikutan kenaikan harga barang, walaupun harga minyak sudah diturunkan. Masalah ini dikatakan berpunca daripada keengganan pemborong dan pembekal yang tidak mahu menurunkan harga. Ketidaktentuan harga barang menyebabkan rakyat terhimpit.

Tinjauan penulis di lebih 20 kedai runcit dan di tujuh pusat beli-belah terbesar di Subang Jaya dan Shah Alam,  para penjual mengatakan harga barang tidak akan turun, walaupun harga minyak sudah turun. Ini disebabkan kuasa pembekal, pemborong amat kuat dan sukar dikesan.

Apabila pemborong dan pembekal membekalkan harga barang yang tinggi para peniaga terpaksa menjualnya dengan harga tinggi.

Menurut mereka, iaitu para penjual, langkah pertama adalah kuasa pengguna yang boleh mengambil tindakan tidak membeli barang yang mahal. Langkah kedua, persatuan pengguna mesti kuat dan bersatu dengan pembeli bagi memastikan harga barang diturunkan. Langkah ketiga, para pembeli membeli barangan yang perlu sahaja.

Pembekal dan pemborong juga mesti ada rasa kemanusiaan dan tidak hanya mementingkan keuntungan 100 peratus. Jika tiada pembeli pemborong dan pembekal tidak dapat menjual barangan mereka. Dalam hal ini, pengguna kena bijak memilih barangan. Sebagai contoh, harga tomato yang tinggi berbeza di pasar raya pada minggu ini, ada  yang berharga RM5.00 lebih dan ada yang RM4.00 sekilo.

Pembeli boleh membeli yang murah dengan menggunakan kuasa media baharu melalui pemantauan dan rangkaian yang berkesan. Ada pusat beli belah gunakan slogan 'Harga terendah untuk penjimatan terbanyak; dalam” flyer'. Sedangkan harga yang ditawarkan masih tinggi.

Persatuan pengguna juga harus aktif turun padang memainkan peranan berkesan dalam hal ini.

Di sinilah peranan pemimpin politik dan juga badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin persatuan pengguna sewajarnya memainkan peranan berkesan dengan kerjasama kementerian terbabit bagi memantau sendiri peranan pemborong dan pembekal yang degil dan tidak mematuhi keadaan semasa.

Pengguna juga harus memainkan peranan yang berkesan ke arah pemantauan dan mengawal pembelian iaitu dengan membeli barang yang murah di kedai atau pusat beli-belah yang prihatin dengan masalah orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Dalam apa pun langkah atau strategi kita perlu bersatu bagi memberi kesan kepada pihak yang tidak prihatin dan tidak mahu menurunkan harga. Walaupun perkara ini sukar dilakukan tetapi sedikit sebanyak ia mampu memberi kesan kepada pemborong dan pembekal.

Terdapat juga kalangan pemborong dan pembekal yang sengaja memberikan alasan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mereka terpaksa menaikkan harga barangan yang dihantar ke pusat belah atau peruncit.

Selain itu, terdapat juga alasan yang digunakan oleh mereka. Antaranya, kesan banjir yang menyebabkan banyak sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan yang kononnya menyebabkan harga tinggi, walaupun kawasan banjir tidak ada membekalkan sayur-sayuran.

Justeru, sebagai pengguna kita sering diberikan alasan yang terpaksa diterima, walaupun alasan berkenaan tidak masuk akal dan tidak logik. Akhirnya kerajaan yang menjadi mangsa.

Sebagai pemborong dan pembekal mestilah mempunyai rasa kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang tinggi serta tidak menaikkan harga barangan yang dihantar ke pusat beli-belah dan juga ke kedai runcit dengan sewenang-wenangnya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

DR AMINUDIN MANSOR

0 Komentar untuk " Atasi ketidaktentuan harga barang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ