Tahniah kepada CEO Petronas yang baharu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tahniah kepada CEO Petronas yang baharu

PEMUDA Pas menzahirkan sekalung tahniah kepada Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas yang baru bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Pelantikan Wan Zulkiflee untuk menerajui Petronas ini amatlah dialukan.

Berbekalkan seluas pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran Petronas, Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd dan Pengerusi Petronas Dagangan Bhd akan dapat memacu syarikat khazanah negara ke mercu yang lebih gemilang.

Sesungguhnya pelantikan ke jawatan tertinggi itu merupakan suatu amanah yang besar, apatah lagi tugasan berat menanti untuk memimpin Petronas dalam keadaan harga minyak dunia masih lagi berada di paras yang rendah.

Semoga Wan Zulkiflee terus diberikan kekuatan dan petunjuk oleh ALLAH sepanjang memimpin Petronas, syarikat berprestij tinggi yang menjadi lambang kebanggaan seluruh rakyat Malaysia ini.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Shamsul Azhar atas sumbangan besar yang telah dicurahkan kepada Petronas sepanjang berkhidmat di pelbagai lapangan sejak tahun 1975 lagi.

IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Pemuda Pas

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

0 Komentar untuk " Tahniah kepada CEO Petronas yang baharu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ